Berbasikal desak Giro d’Italia dipindahkan dari Israel

Aktiviti bertemakan #RelocateTheRace ini dianjurkan Boycott Divestment & Sanctions (BDS) Malaysia dengan kerjasama Aqsa Syarif, Yayasan Al-Quds Malaysia, Viva Palestina Malaysia, Palestinian Cultural Organization Malaysia, MyCARE dan rakan-rakan NGO yang lain.

Menurut Pengerusi BDS Malaysia, Prof. Dr. Mohd Nazari Ismail, aktiviti ini bertujuan menyuarakan kekecewaan dengan keputusan Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) yang akan mengadakan acara lumba basikal Giro D’Italia di Israel pada 4 Mei.

“..dan juga (menyuarakan) kekecewaan kita dengan pendirian Dato’ Amarjit Singh Gill, wakil Malaysia dan Asia ke UCI yang menyokong pendirian UCI,” sambungnya.

Tambahnya, Israel adalah negara zalim yang mesti diboikot oleh seluruh dunia.

“Kita juga menyeru kerajaan Malaysia supaya berusaha meyakinkan Dato’ Amarjit Singh untuk menukar pendirian beliau supaya ianya sejajar dengan pendirian kerajaan Malaysia yang sentiasa tegas mengutuk kezaliman Israel,” tegasnya.

Mewakili pihak penganjur, beliau merakamkan penghargaan kepada semua aktivis yang menyertai acara berbasikal sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.

Beliau turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk menandatangani petisyen mendesak Dato’ Amarjit Singh Gill selaku Ahli Lembaga UCI, menggunakan kuasanya supaya perlumbaan basikal Giro d’Italia tidak diadakan di negara haram Israel.

Petisyen tersebut boleh diisi di https://www.change.org/p/dato-amarjit-singh-gill-relocate-the-giro-d-italia-race-from-israel

Untuk keterangan lanjut mengenai kejohanan tersebut, layari https://bdsmovement.net/giro.

Kempen “Don’t Pedal for Israeli Crimes” adalah Hari Tindakan Sedunia untuk menggesa Giro d’Italia memindahkan tempat perlumbaan dari Israel.

Lagi foto berbasikal: http://bit.ly/2GrPBYY

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia