Bengkel 3S3S usaha hasilkan skrip TV patuh syariah

Sebaga usaha serius untuk menghasilkan skrip TV patuh syariah, seramai enam orang peserta telah mendapat tunjuk ajar secara langsung daripada penulis buku dan pakar penulisan skrip TV Malaysia, Haji Zabidi Mohamed.

Bengkel 3S3S yang bermaksud 3 Sesi 3 Sinopsis ini mensasarkan para peserta perlu menyiapkan tiga sinopsis yang baik dalam tiga sesi yang berlangsung.

Pengarah Ansar Creative Media Sdn Bhd, Pn Sazira Abd Aziz berkata, fokus utama bengkel kali ini adalah untuk menghasilkan skrip TV yang bakal dihantar kepada stesen TV pada Ogos nanti.

“Kami mengharapkan komitmen peserta yang hadir ini akan berterusan sehingga selesai ketiga-tiga bengkel dan akhirnya kita berjaya menghasilkan tiga sinopsis skrip yang boleh dihantar ke setesan TV Ogos ini,” jelas beliau.

Haji Zabidi bersama para peserta Bengkel 3S3S

Sementara itu, Zabidi turut berkongsi perasaan terujanya dapat bersama dan berkongsi ilmu penulisan skrip kepada peserta yang terpilih serta memberi pendedahan dan ilmu baru mengenai dunia penulisan skrip.

Sebagai mentor, beliau turut mengalu-alukan kehadiran lebih banyak penulis baru yang berpotensi untuk terlibat dalam penulisan skrip TV yang patuh syariah.

“Orang silap apabila berfikir skrip TV patuh syariah akan menghalang mereka untuk melakonkan banyak perkara, namun sebaliknya, skrip TV yang patuh syariah akan membuka lebih banyak  jalan untuk mereka melakukan banyak perkara dalam drama atau filem,” kata beliau.

Para peserta bengkel juga didedah dan diajarkan tentang beberapa struktur  filem atau drama yang boleh digunakan dalam penulisan skrip nanti.

Semoga matlamat dan objektif Bengkel 3S3S ini dapat dicapai dengan jayanya dan lebih ramai penulis skrip TV yang patuh syariah dapat dilahirkan selepas ini, insya-Allah.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia