Benarkah Haman seorang menteri kerajaan Firaun?

Beliau telah diarahkan oleh Firaun untuk membina sebuah bangunan yang tinggi bagi membolehkan beliau berjumpa dengan ‘Tuhan Musa’ kononnya. Firman Allah dalam Surah Ghafir ayat 36-37 yang bermaksud:

 

Dan berkatalah Firaun; Wahai Haman, buatkanlah bagiku sebuah bangunan yang tinggi supaya aku sampai ke pintu-pintu, (iaitu) pintu-pintu langit, supaya aku dapat melihat Tuhan Musa dan sesungguhnya aku memandangnya seorang pembohong. Demikianlah dijadikan Firaun memandang baik perbuatan yang buruk itu, dan dia dihalangi daripada jalan (yang benar), dan tipu daya Firaun itu tidak lain hanyalah membawa kerugian.

 

Nama Haman tidak dinyatakan dalam kitab Taurat atau mana-mana lembaran kitab suci agama lain apabila menceritakan tentang Nabi Allah Musa AS kecuali hanya sebuah kitab yang menyatakannya iaitu kitab Old Testament.

 

Walau bagaimanapun, Old Testament hanya menyatakan bahawa Haman adalah merupakan seorang pembantu Raja Babilion, sedangkan Kerajaan Babilion mula bertapak di Iraq hanya 1,100 tahun selepas zaman Nabi Musa AS.

 

Oleh yang demikian, hal ini menimbulkan anggapan bahawa al-Quran merupakan kitab yang direka dan dikarang sendiri oleh Nabi Muhammad SAW yang telah tersalah fakta berkenaan Haman kerana mengatakan bahawa beliau adalah seorang menteri kepada Firaun sedangkan hal yang sebenarnya Haman merupakan seorang pembantu Raja Babilion.

 

Namun, perkembangan sains dan teknologi akhirnya membolehkan para ahli arkeologi mampu membaca tulisan hiroglif (hieroglyph – tulisan Mesir purba). Tulisan tersebut yang berada di Muzeum Hof, Vienna mencatatkan nama Haman serta pekerjaannya.

 

Ia menjelaskan bahawa Haman adalah seorang ketua kerja-kerja binaan batu dan seorang lelaki ‘Kerajaan Baru’ (The name is listed as masculine, from the New Kingdom. The profession translated into German reads Vorsteher der Steinbruch Arbeiter: The Chief / Overseer of the workers in the stone quarries).

 

Fakta serta maklumat ini tidak mungkin dapat diketahui pada zaman Rasulullah SAW kerana tulisan hiroglif telah lupus ditelan zaman dan kembali digunakan kali terakhir pada tahun 394 Masihi.

 

Kemudian ianya dilupakan sehingga tiada seorang pun yang mampu membaca dan memahaminya sehinggalah pada 300 tahun kebelakangan ini melalui penemuan Batu Rosetta (Rosetta Stone) pada tahun 1799 Masihi yang berusia ribuan tahun (wujud 196 tahun sebelum Masihi).

 

Batu yang juga dikenali sebagai Batu Rasyid sempena nama tempat ia dijumpai iaitu Bandar Rasyid merupakan sebuah batu granodiorit gelap yang mempunyai tulisan yang terdiri daripada dua bahasa (Mesir dan Yunani) telah menyingkap banyak sejarah Kerajaan Mesir Purba sama ada dari sudut agama, ekonomi, masyarakat dan lain-lain.

 

Maka akhirnya terungkailah bahawa Haman yang namanya telah dilupakan oleh para ahli kitab dan hilang dalam catatan sejarah merupakan salah seorang menteri Firaun yang bertugas dalam kerja-kerja pembinaan.

 

Siapakah yang telah memberitahu semua fakta dan maklumat ini kepada Nabi Muhammad SAW sedangkan tulisan hiroglif telah hilang ditelan zaman dan dilupakan?

 

Al-Quran yang diturunkan 12 kurun sebelum para ahli arkeologi menjumpai Batu Rosetta dan mampu memahami dan membaca tulisan hiroglif telah membuktikan kenabian Nabi Muhammad SAW serta membuktikan bahawa ianya merupakan kitab suci yang telah diwahyukan kepada Baginda SAW.

 

Justeru ia juga menafikan bahawa al-Quran direka dan dikarang oleh Nabi Muhammad SAW, malah sumbernya tidak lain tidak bukan adalah daripada Allah SWT Yang Maha Mengetahui segala sesuatu.

 

Ustaz Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib
Ketua Hal Ehwal Syariah
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia