Belajar komunikasi efektif dengan anak-anak

Merupakan program lanjutan dan kesinambungan daripada program Kids Playgroup & Mothers Club @ Masjid pada dua minggu lalu, ia telah mengumpulkan 15 orang para ibu.

Program telah di mulakan dengan sesi taaruf untuk mengenali lebih dekat sesama para ibu.

“Para ibu daripada pelbagai latar belakang berjaya disatukan. Mereka terdiri daripada suri rumah, ‘speech therapist’, pengusaha taska, doktor dan peniaga online,” kata Pengarah program.

Beliau berkata, ada yang berusia semuda 25 tahun dan ada juga ibu yang sudah ada lima orang cucu yang menyertai program ini.

“Walaupun para ibu datang bersama anak-anak, mereka masih boleh fokus kepada perbincangan dan pengisian program,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, terdapat bebarapa aktiviti untuk anak-anak di Kids Corner dengan kendalian oleh beberapa orang fasilitator.

“Antara yang menarik perhatian para ibu adalah isu berkenaan kemenjadian anak-anak iaitu proses membesarkan anak-anak menjadi ‘lebih manusia’ supaya di akhirnya anak-anak dapat menyumbang semula kepada masyarakat.”

Program diteruskan dengan sesi tazkirah dan ‘parenting talk‘ berkenaan Kemahiran Komunikasi dengan Anak-anak yang disampaikan oleh Jawatankuasa Pembangunan Wanita IKRAM Kubang Kerian dan juga Pengerusi Rangkaian Tadika Naluri Kreatif, Puan Nurul Hanan Arifin.

“Isu berkenaan komunikasi dengan anak-anak juga telah membuka mata para ibu betapa pentingnya komunikasi yang efektif dalam membentuk tingkah laku anak-anak.”

Menurutnya, melalui sesi ini juga, para ibu dapat saling berkongsi masalah, tip dan pengalaman.

Dalam perkembangan berkaitan, sesi taaruf diteruskan lagi ketika menjamu selera sambil membincangkan berkenaan pelan tindakan kebersihan dan keceriaan Kids Corner di masjid tersebut.

“Para ibu yang hadir bersetuju untuk menjadi sebahagian daripada sukarelawan di Kids Corner ini. Insya-Allah, program sebegini akan diadakan lagi dan semoga semua pihak yang terlibat mendapat manfaat daripadanya.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia