Bela rakyat tersepit, bukan berpolitik sempit

Saya menjunjung kasih keprihatinan dan titah Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah agar pihak berkuasa menghulurkan segera bantuan yang diperlukan kepada mangsa-mangsa banjir.

 

Pada musim pandemik yang mengancam kesihatan dan ekonomi rakyat ini, ditambah lagi bencana banjir yang baru bermula yang menyebabkan puluhan ribu penduduk dipindahkan, ini bukan masanya untuk ‘berpencak’ merebut kekuasaan.

 

Masih ingat Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah tahun lepas? Kes positif Covid-19 daripada ‘Kluster PRN’ terus melonjak kepada ratusan kes sehari sebaik sahaja selesai PRN termasuklah seorang menteri menjadi mangsa.

 

Akibat kerakusan ahli-ahli politik merebut kuasa, rakyat turut diheret sama dan menerima risiko jangkitan pandemik yang tidak berkesudahan sehingga kini melebihi 2,000 kes positif sehari.

 

Terbaru, krisis dalaman sebuah parti Melayu akibat tidak senang dengan sebuah lagi parti Melayu menjadi satu lagi ‘mainan’ politik yang tiada kesudahannya. Jika krisis ini tidak dapat ditangani dengan baik, mungkin Pilihan Raya Umum (PRU) pula diisytiharkan akibat kerajaan hilang majoriti sokongan ahli parlimen.

 

Nak buat PRU selepas banjir reda? Habis tu, Covid-19 nak letak mana? Memang tak serik? Dengan keadaan sekarang pun jumlah pesakit Covid-19 di hospital dan pusat kuarantin menghampiri kapasiti maksimum, masih nak buat PRU? Sebab krisis politik sebegini, ia boleh membawa kepada krisis kesihatan yang semakin buruk di negara ini.

 

Saya bimbang nanti akan ada pula ‘Kluster ‘PRU’ yang sangat tinggi kesnya di seluruh negara dan menjadikan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), barisan hadapan dan seluruh rakyat melawan Covid-19 semakin sukar, walaupun dengan pelbagai SOP dan peraturan dikeluarkan.

 

Rakyat bukan ingin lihat ahli-ahli politik sibuk merebut kuasa, tetapi ingin lihat mereka bersungguh-sungguh menabur bakti dan jasa untuk rakyat jelata.

 

Rakyat bukan ingin lihat ahli-ahli politik menyerang sana-sini mencari salah siapa, tetapi ingin lihat mereka memberikan solusi terhadap pelbagai masalah negara.

 

Rakyat juga bukan ingin lihat ahli-ahli politik mengabaikan kebajikan penduduknya, tetapi ingin lihat mereka cakna dan sedia membantu di kala penduduk derita.

 

Wahai ahli politik, rakyat sedang tersepit dengan pelbagai isu kesihatan dan ekonomi yang menghimpit. Jangan berpolitik sempit, kelak masa depan rakyat dan negara yang terpalit.

Minda Editor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia