Pentingnya bekalan halal di Malaysia

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob berkata, isu kartel daging telah membuka mata banyak pihak terutamanya berkaitan kepentingan sistem pengurusan rantaian bekalan halal di Malaysia.

 

“JAKIM selepas ini akan melaksanakan tiga mekanisme bagi meningkatkan piawaian kualiti dan jaminan keselamatan produk makanan halal di semua rantaian iaitu, mensyaratkan produk berasaskan haiwan import yang disimpan di gudang, mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim logistik kategori penggudangan.

 

“Kedua, produk berasaskan haiwan yang diimport perlu menggunakan rangkaian pengangkutan mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) di bawah skim logistik kategori pengangkutan.

 

“Ketiga, mewujudkan prosedur mandatori pembungkusan semula (repacking) yang mewajibkan syarikat mendapatkan pensijilan halal Malaysia di bawah skim produk makanan.”

 

Menurut beliau, inisiatif sebegitu penting bagi memastikan pengurusan kemasukan produk daging import halal dari luar negara ke Malaysia terjamin.

 

“Menjelang tahun 2024, ekonomi halal global dilaporkan meningkat kepada RM10 trilion,” kata Ismail Sabri.

 

Justeru, beliau menyeru semua agensi, kementerian berkaitan dan pemain industri berusaha meningkatkan kebolehpasaran produk halal tempatan ke peringkat antarabangsa.

 

“Ia mampu menjana pendapatan eksport sebanyak RM56 bilion pada tahun 2025. Pada tahun 2020 sahaja, industri halal telah menyumbang sejumlah RM9.7 bilion kepada KDNK negara.”

 

Menurutnya, ini menunjukkan industri halal berpotensi menjana ekonomi negara kerana populasi penduduk Islam dunia ketika ini berjumlah 1.8 bilion dan jumlah ini akan terus meningkat sehingga 2.2 bilion pada tahun 2030.

 

“Berdasarkan kepada angka ini, permintaan terhadap produk dan perkhidmatan halal mampu melonjak tinggi sehingga boleh mencecah AS$680 bilion setahun,” ujarnya.

 

Sebelumnya, pada penghujung tahun lepas, negara telah digemparkan dengan pembongkaran kartel daging import yang mana hakikatnya sudah pun berlaku sejak beberapa tahun lepas.

 

Pembongkaran tersebut menimbulkan keraguan dan persoalan dalam kalangan rakyat berhubung kualiti serta jaminan produk yang masuk ke Malaysia, adakah halal atau sebaliknya.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia