Bebaskan SPRM daripada pengaruh eksekutif, politik

SERI KEMBANGAN – Intipati kepada cadangan solusi transformasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah untuk menjamin kebebasan agensi itu daripada pengaruh eksekutif mahupun politik.

 

Kata Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Hj Badlishah Sham Baharin, solusi itu juga akan menjadikan SPRM satu institusi yang berwibawa, utuh dan digeruni sepertimana Badan Pencegah Rasuah (BPR) suatu ketika dahulu.

 

Menurutnya, pihak GBM dan beberapa NGO lain telah mencadangkan agar ditubuhkan Suruhanjaya Bebas Pencegahan Rasuah (SBPR) yang memberikan laporan terus kepada Parlimen.

 

“Yang menjadi cabaran kepada cadangan SBPR ini ialah kita perlu meminda perlembagaan,” jelas beliau dalam program Kompas Rasuah Busters yang membincangkan tajuk ‘Solusi Transformasi SPRM’.

 

Program tersebut turut menampilkan Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim dan Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Zairudin Hashim yang dikendalikan oleh Ismail Adnan sebagai moderator.

 

Sementara melakukan transformasi keseluruhan SPRM, tambah Badlishah, solusi yang boleh dimulakan untuk membawa kepada kewibawaan SPRM ialah dengan meletakkannya di bawah Parlimen, bukannya di bawah Perdana Menteri atau Pejabat Perdana Menteri.

 

Katanya, ini bermakna SPRM akan bertanggungjawab kepada Parlimen melalui Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Rasuah yang masih belum diwujudkan buat masa ini.

 

“Baru-baru ini pun, yang panggil Tan Sri Azam Baki ialah Jawatankuasa Pilihan Khas agensi di bawah Pejabat Perdana Menteri, bukannya Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Rasuah, itu belum ada lagi.”

 

“Jadi kita tuntut supaya Parlimen menubuhkan Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Rasuah ini yang mana SPRM bertanggungjawab kepadanya.”

 

“Dan bukan itu saja, kita tuntut juga supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM dipilih oleh Jawatankuasa Pilihan Khas ini, bukannya dipilih oleh pihak eksekutif,” tegas Badlishah yang juga Timbalan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM).

 

Ujarnya, solusi-solusi ini akan menjamin tiadanya campur tangan daripada pihak eksekutif mahupun politik.

 

Pihaknya turut mencadangkan supaya empat jawatankuasa yang mengawal selia SPRM diserap masuk dalam SBPR iaitu Anti-Corruption Advisory Board, Complains Committee, Operations Review Panel dan juga Consultation and Corruption Prevention Panel.

 

“Dan pada masa yang sama, kami juga ingin cadangkan supaya badan-badan pengawal ini dianggotai oleh 40 peratus masyarakat sivil dan 60 peratus sektor awam supaya ada imbangan, kalau tidak nanti, suara rakyat itu tidak dapat dibawa ke dalam badan pengawal,” katanya lagi.

 

Beliau melahirkan keyakinan bahawa cadangan solusi transformasi ini akan membawa perubahan kepada kepada SPRM.

 

“Kita nampak dengan adanya penubuhan SBPR ini, sebenarnya boleh mengangkat SPRM menjadi satu institusi yang lebih tinggi, lebih wibawa, lebih digeruni orang, betul-betul bebas dan boleh menjalankan siasatan without fear or favour.” 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia