Wanita IKRAM mengecam penahanan Puan Maria Chin Abdullah di bawah akta kejam SOSMA. Tindakan menahan reman Puan Maria Chin di bawah akta SOSMA, yang mana sebelum ini dijanjikan hanya untuk teroris merupakan tindakan yang bersifat salah guna kuasa.
Dimaklumkan bahawa Puan Maria Chin yang berusia 60 tahun telah ditempatkan di suatu sel yang sangat kecil tanpa kemudahan keperluan asas seperti bantal dan alas tidur adalah merupakan tindakan zalim di luar batas kemanusiaan dan perlu dikecam.
Wanita IKRAM mendesak agar Puan Maria Chin dibebaskan segera memandangkan:
1. Tuduhan yang dikenakan terhadap beliau tidak berasas;
2. Puan Maria yang telah sampai ke usia emas, dan perlu diberi layanan berperi kemanusiaan sesuai dengan usia beliau dan bukan dilayan sebagai penjenayah tegar; dan
3. Beliau merupakan rakyat Malaysia yang berusaha memperjuangkan keadilan dan bukanlah seorang teroris yang berniat menghancurkan negara apatah lagi menggulingkan kerajaan.
Wanita IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia menunjukkan solidariti kepada Puan Maria Chin agar beliau dibebaskan dengan serta-merta.
Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim
Ketua Wanita IKRAM