Bantuan musim sejuk tiba di Gaza, Iraq, Lubnan dan Syria

“Alhamdulillah, sasaran itu telah berjaya dicapai, dijangkakan seramai 15,000 warga Palestin, Syria dan Iraq telah menerima manfaat hasil sumbangan tersebut,” ujar wakil MyCARE. 

MyCARE melalui agensinya iaitu Aqsa Syarif, i4Syria, Salam Iraq dan Rose2Rose, telah melancarkan Kempen Winter Relief 2015 (Rayuan Musim Sejuk 2015) sehingga 31 Disember 2015 yang lalu dengan sasaran bantuan bernilai RM1.5 juta.

Sementara itu, bantuan untuk pelarian Palestin di Lubnan juga telah disalurkan oleh Aqsa Syarif dengan kerjasama NGO Human Charity for Relief and Development (HCRD) yang berpengkalan di Tyre, Lubnan pada Disember 2015 dan Januari 2016. 

Di Iraq, sumbangan berupa keperluan musim sejuk seperti tilam, selimut tebal dan pakaian musim sejuk telah diagihkan oleh Salam Iraq dengan kerjasama Al-Nahrain Foundation for Relief and Development kepada rakyat Iraq yang tidak mempunyai tempat tinggal.

MyCARE turut merakamkan penghargaan buat rakyat Malaysia yang telah menyumbang untuk kempen tersebut.

“Terima kasih rakyat Malaysia.”

Semoga usaha ini dapat mengurangkan kesengsaraan mereka sepanjang musim sejuk di sana, insyaa-Allah.

“Stories in the cold, worth to be told”

Sumber:

1. Foto di Gaza: http://on.fb.me/1Wv9nmL
2. Video di Lubnan: http://on.fb.me/1XB80UP
3. Video di Madaya: http://on.fb.me/1owe2u2
4. Video di Iraq: http://on.fb.me/1UbBRTO

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia