SERI KEMBANGAN – Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) telah mengeluarkan laporan terkini mengenai usaha bantuan kecemasan mereka di Gaza sepanjang tempoh 7 Oktober 2023 hingga 7 Julai 2024. Laporan tersebut mendedahkan jumlah bantuan yang telah disalurkan serta bilangan penerima bantuan yang telah mendapat manfaat.
Menurut laporan tersebut, jumlah keseluruhan bantuan yang disalurkan adalah sebanyak RM10.4 juta dan telah memberi manfaat kepada 219,831 individu di Gaza. Bantuan yang disalurkan merangkumi pelbagai aspek termasuk makanan, perubatan, bantuan selain makanan, kem pelarian sementara, advokasi dan air bersih.
Butiran Bantuan:
- Bantuan Makanan:
- 31,616 pek makanan panas
- 7,483 pek bakul makanan
- 6,924 pek daging
- 30 tan tepung gandum
- Bantuan Perubatan:
- 3 unit ambulans
- Ubat-ubatan bernilai RM1.54 juta
- Kos pembedahan untuk 30 pesakit
- 150 unit kerusi roda
- 233 unit rangka berjalan (walking frame)
- 180 unit tongkat ketiak (crutches)
- 160 unit tilam
- 769 unit susu dan lampin
- 1 unit pusat dialisis lapangan
- 2 unit klinik bergerak (6 minggu & 3 bulan)
- Bantuan Selain Makanan:
- 6,360 unit tilam dan selimut
- 900 unit pakaian
- 810 unit kit kebersihan
- 50 unit pakaian keselamatan
- 506 unit khemah
- 3 juta wang tunai
- Air Bersih:
- 3,506 kotak air mineral
- 53 tangki air
- 40 panel solar untuk pam air telaga
- Kem Pelarian Sementara:
- 2 kem yang menempatkan 195 keluarga
Misi Kemanusiaan dan Aktiviti
Sepanjang tempoh tersebut, MyCARE juga telah menjalankan beberapa misi kecemasan di Gaza dan Mesir seperti berikut:
- Misi Kecemasan Mesir-Gaza (5 siri)
- Misi “Break the Siege”
- Misi “For the Children of Gaza”
MyCARE juga menganjurkan pelbagai program dan aktiviti di Malaysia untuk mengumpul dana dan kesedaran mengenai isu Palestin, termasuk Ride Amal untuk Palestin, Perhimpunan Aman “Freedom for Palestine”, Malam Solidariti Palestin Forum dari Kuala ke Palestin.
MyCARE menyampaikan penghargaan kepada para penyumbang, khususnya Dr. Ziad Shehada dan pasukannya di Gaza yang telah berusaha gigih meneruskan operasi bantuan yang berada di tengah-tengah peperangan dan ketidaktentuan. Takziah diucapkan kepada keluarga staf MyCARE Gaza yang kehilangan ahli keluarga mereka akibat serangan rejim Zionis.
MyCARE menegaskan komitmen mereka untuk terus membantu penduduk Gaza dan menjadi suara Malaysia di peringkat antarabangsa dalam membela nasib rakyat Palestin yang tertindas. Para penyumbang juga digalakkan untuk terus menyalurkan sumbangan melalui saluran yang telah disediakan.