Bantuan Covid-19: Pengagihan kekayaan dalam Islam 

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan bermula 18 Mac 2020, ramai  rakyat yang terkesan dari segi ekonomi.

 

Sektor seperti pelancongan, penerbangan dan  peruncitan adalah antara sektor yang terjejas teruk menyebabkan pemilik perniagaan terpaksa menghentikan operasi sementara waktu atau beroperasi pada kadar minima menyebabkan pekerja diberi cuti tanpa gaji, diberhentikan atau gaji dikurangkan.

 

Situasi ini menyebabkan negara mengalami kemelesetan ekonomi akibat kurangnya kuasa beli dalam kalangan rakyat, perniagaan merosot dan negara kehilangan pendapatan daripada cukai.

 

Islam sebagai agama yang mementingkan kesaksamaan, telah mempraktikkan konsep pengagihan kekayaan seperti zakat, wakaf dan infak untuk memastikan golongan yang kaya tidak melupakan golongan yang kurang bernasib baik. Konsep ini telah dapat membantu golongan yang terkesan akibat PKP yang  dilaksanakan.

 

1. Zakat 

Kewajipan berzakat adalah rukun Islam yang keempat. Setiap negeri di Malaysia  mempunyai institusi yang mengawal selia kutipan zakat supaya kutipan dapat dibuat  secara teratur dan pengagihan dapat diberikan kepada golongan sasar.

 

Terdapat lapan golongan sasar yang layak menerima bantuan zakat iaitu fakir, miskin, amil, mualaf, hamba, orang yang berhutang, pihak yang berjuang di jalan Allah dan musafir.

 

Sebagai  contoh, Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) telah berjaya membuat kutipan sebanyak RM768 juta pada tahun 2020.  

 

Pengagihan sebanyak RM707,968,418 pula telah dibuat kepada golongan yang memerlukan. Bantuan Musaadah MAIWP adalah Bantuan Khas Covid-19 yang  membantu golongan yang terkesan akibat pandemik ini. Jumlah bantuan bergantung kepada keperluan isi rumah.  

 

2. Wakaf 

Kewajipan berwakaf pula tidak diwajibkan tetapi amat digalakkan jika mempunyai kemampuan. Pengertian wakaf adalah menahan harta tersebut daripada proses jual beli tetapi digunakan untuk kebajikan masyarakat.

 

Wakaf boleh dibuat dalam bentuk harta alih seperti wang tunai atau harta tidak alih seperti tanah. Antara institusi yang dibangunkan untuk memantau dan menyelaras program wakaf di Malaysia adalah Jabatan Wakaf,  Zakat, dan Haji (JAWHAR) dan Yayasan Wakaf Malaysia.

 

Waqaf An-Nur Corporation Berhad adalah contoh syarikat yang berjaya mengaplikasikan wakaf korporat dalam membantu masyarakat. Syarikat ini menguruskan aset dan saham  syarikat kumpulan JCorp yang diwakafkan.

 

Antara bantuan yang ditawarkan adalah seperti Dana Niaga – Pembiayaan Untuk Usahawan Mikro iaitu pembiayaan tanpa faedah bagi membantu usahawan mikro mengembangkan perniagaan mereka. Bagi bantuan Covid-19, Waqaf An-Nur telah membantu dari segi keperluan asas dan  pembelian keperluan perubatan. 

 

3. Infak

Infak pula adalah sinonim bagi sedekah iaitu pemberian secara sukarela bagi membantu golongan yang memerlukan. Infak dalam skala kecil boleh disalurkan secara terus tetapi  dalam skala besar kebiasaannya akan diuruskan oleh sebuah badan yang akan menyalurkan kepada golongan yang memerlukan.

 

Sebagai contoh, Perdana Kuala Lumpur City Centre telah menyalurkan sumbangan makanan kepada 150 Orang Asli Suku Temuan dari Kampung Orang Asli, Kemensah melalui program Infaq Covid-19. Dana infak disalurkan oleh orang ramai melalui sumbangan serendah RM10. 

 

Kesimpulannya, Islam adalah agama yang menggalakkan umatnya mencari kekayaan tetapi kekayaan itu perlu dikongsi dengan golongan yang kurang bernasib baik melalui zakat, wakaf dan infak.

 

Ia menghalang konsep pemusatan kekayaan di mana yang kaya akan terus bertambah kaya dan yang miskin akan bertambah miskin. Konsep ini berlawanan dengan sistem kapitalis yang diamalkan kebanyakan negara Barat.  

 

Azharul Adha Dzulkarnain adalah Ketua Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat, Malaysian Association of Muslim Finance Professionals (MFP) dan juga seorang perunding takaful dan hartanah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia