Bantuan, Bina Sekolah Antara Misi Kemanusiaan di Afghanistan

SERI KEMBANGAN —  Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dengan kerjasama strategik pasar raya Econsave Cash & Carry telah melaksanakan satu lagi misi kemanusiaan ke Afghanistan pada pertengahan Julai lalu.

Misi ini bertujuan membawa bantuan yang menyeluruh merangkumi keperluan makanan, pendidikan, kesihatan serta kebajikan anak-anak yatim dan keluarga yang terkesan akibat konflik berpanjangan.

Misi kemanusiaan selama 10 hari ini disertai oleh 10 orang anggota yang diketuai oleh Penasihat MyCARE Johor, Prof. Madya Dr. Mohd Zin Kandar, bersama Pengurus Besar Econsave, En. Mas Imran Adam, para aktivis MyCARE dan wakil-wakil media Malaysia.

Projek Sekolah Malaysia MyCARE-Econsave bagi anak-anak yang tidak berkemampuan, dirancang akan dibina di kem pelarian di Pul-e-Charkhi, utara Kabul. Majlis perletakan batu asas projek sekolah bernilai RM500,000 ini telah disempurnakan bersama oleh Dr Mohd Zin dan En. Mas Imran.

Delegasi misi juga menyantuni 50 orang anak yatim di bawah jagaan NGO tempatan EHSAS, yang menerima bantuan tunai sebanyak USD55 serta bantuan makanan dan kelengkapan sekolah. Bantuan ini diharapkan dapat memberi motivasi dan sokongan berterusan kepada anak-anak ini untuk meneruskan pendidikan mereka dalam suasana yang lebih baik.

Selain itu, misi turut mengadakan agihan bantuan makanan kepada 400 keluarga fakir miskin dan ibu tunggal di Herat, yang menerima 50 kilogram tepung, 24.5 kilogram beras dan lima kilogram minyak masak sebagai bekalan asas yang amat diperlukan dalam keadaan ekonomi semasa yang genting.

 

Menariknya, misi kali ini juga menyaksikan pelaksanaan ibadah akikah dengan penyembelihan sebanyak lima ekor kambing dan dagingnya diagihkan kepada 40 keluarga balu dan mangsa konflik di Kabul, yang membawa nilai ibadah dan keprihatinan dari rakyat Malaysia kepada saudara kita di bumi bergolak ini.

Di samping itu, delegasi misi turut melawat dan meninjau Hospital Al-Hayat di Kabul, sebuah hospital kebajikan yang memberi rawatan percuma kepada golongan tidak berkemampuan.

Mereka berpeluang berbincang bersama Ketua Pegawai Eksekutif hospital itu, Dr Habibullah Hazim, bagi memahami keperluan semasa hospital yang sedang berdepan kekurangan peralatan penting seperti mesin MRI dan mesin dialisis.

Hospital ini difahamkan memerlukan dana sekitar USD300,000 (RM1.4 juta) bagi menambah baik kemudahan perubatan dan melatih kakitangan kesihatan agar dapat memberikan rawatan yang lebih menyeluruh kepada pesakit.

Kerjasama MyCARE dan Econsave yang telah terjalin sejak tahun 2011 terus memberi impak besar dengan pelbagai bantuan kemanusiaan di beberapa negara. Dalam tempoh itu, lebih RM11 juta bantuan kemanusiaan telah disalurkan ke pelbagai negara termasuk Gaza, Syria, Yaman, Malaysia dan kini ke Afghanistan.

Kempen Bantuan Kemanusiaan Afghanistan oleh MyCARE masih berjalan dan memerlukan sokongan berterusan daripada rakyat Malaysia. Sumbangan ini bukan sahaja membawa harapan, malah menyelamatkan nyawa dan membina masa depan yang lebih cerah untuk mereka yang terjejas.

Orang ramai yang ingin menyokong usaha ini boleh menyalurkan sumbangan mereka melalui pautan rasmi MyCARE di https://mycare.qrd.by/afghanistan.

Bagi yang berminat untuk menaja anak yatim di Afghanistan dan membantu mereka membina masa depan yang lebih baik, layari http://donate.mycare.org.my/sponsorship untuk maklumat lanjut dan cara penajaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia