Bantu Rohingya di Cox’s Bazar

“Bantuan makanan seberat 20 kg itu mengandungi beras, kentang, bawang merah, minyak masak, kacang dal, bawang putih serta bahan memasak lainnya,” kata wakil MyCARE.

Sehingga kini, bantuan makanan telah disalurkan sebanyak tiga kali pada tahun ini yang berjumlah 2,000 pek.

Dalam pada itu, MyCARE turut menyalurkan sumbangan rakyat Malaysia  dalam bentuk perubatan, tempat tinggal sementara, tandas, telaga dan kelengkapan tidur.

  

“Dalam misi ini, seramai 573 orang pesakit telah mendapat rawatan terdiri daripada 250 pesakit wanita, 103 pesakit lelaki dan 220 pesakit kanak-kanak.”

Dalam bantuan kemanusiaan sebelum ini, MyCARE telah membantu 665 pesakit, menjadikan pelarian yang mendapat bantuan perubatan pada tahun ini berjumlah 1,238 orang.

“Pada tahun ini, MyCARE telah menyalurkan bantuan pertama bernilai RM80,000, bantuan kedua bernilai RM150,000 dan bantuan ketiga bernilai RM100,000.”

Sekalung penghargaan buat rakyat Malaysia yang prihatin dan menyumbang melalui MyCARE bagi membantu saudara-saudara Rohingya di sana.

Teruskan menyumbangkan ke Tabung Kecemasan Rohingya melalui pautan http://www.billplz.com/selamatkanrohingya

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia