BANDARAYA MELAKA – Lebih 650 peserta telah memeriahkan acara larian kemanusiaan, Run For Humanity: Bersamamu Palestin di Taman Bandaraya Bukit Serindit di sini pada Sabtu, 25 Oktober lalu.
Acara larian lima kilometer ini merupakan anjuran MyCARE bersama Kelab Komuniti Serindit dan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) bagi menzahirkan solidariti untuk membantu rakyat Palestin.
Program ini dirasmikan oleh ADUN Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem. Turut hadir menyerikan acara antaranya Datuk Bandar MBMB, Datuk Hj. Shadan Hj. Othman, CEO MyCARE, Hj. Kamarul Zaman Shaharul Anwar, Pengurus Besar Operasi MyCARE, Puan Roha Hassan dan peserta flotila FFC x TMTG, Dr. Noorhasyimah Ismail.
Turut memeriahkan suasana, influencer larian Ninja Runner dan komuniti hebat seperti Persatuan Pelari Anak Luar Biasa – Little Fighter Runners, Komuniti Serindit, anak-anak daripada Rumah Anak Yatim MAIM serta penduduk Melaka.
Acara ini turut mendapat sokongan kuat daripada rakan penganjur bersama IKRAM Melaka, IKRAM Muda Melaka, GEMA Melaka, IKRAM Health Melaka, PUTRA Specialist Hospital dan MAIM.
Turut dihargai para penaja utama termasuk Proton Cars, Al Ikhsan, Klinik Al-Falah Umbai, Dr. Adam, Dr. Azri, Dr. Zafri Helmi, Zahra Asam Pedas, Butik Abaya Jieha Ghazali, Layar Impian, CLIMATEDGE, MJESB dan Wanita IKRAM Melaka.
Selain larian, turut diadakan reruai jualan dan pameran di sekitar kawasan tersebut. Semoga program sebegini dapat menyuntik semangat kita untuk sama-sama cakna dan membantu meringankan derita rakyat Palestin.
Lagi foto larian: Run For Humanity: Bersamamu Palestin




