Bantu mangsa gempa tsunami Sulawesi

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menginsafi kejadian gempa tsunami yang berlaku di Donggala, Sulawesi Tengah, Indonesia pada Jumaat, 28 September 2018 jam 6.02 petang waktu Malaysia. 

Kejadian tersebut telah mengorbankan nyawa lebih 1,200 orang mangsa dan melibatkan lebih 16,000 orang mangsa yang tercedera.

IKRAM merasa simpati atas kehilangan nyawa insan tersayang dan kecederaan yang dialami oleh mangsa kejadian tersebut. IKRAM mendoakan agar seluruh ahli keluarga mangsa bersabar dan tabah menghadapai ujian dan musibah yang melanda.

IKRAM menyokong segala usaha bantuan yang sedang diusahakan oleh pihak kerajaan dan NGO berdaftar seperti MyCARE dan beberapa NGO lain.

Rakyat Malaysia disarankan untuk menghulurkan sumbangan melalui institusi-institusi yang berdaftar ini bagi memastikan bantuan dapat disampaikan dengan baik.

IKRAM mengajak seluruh rakyat Malaysia terutamanya yang beragama Islam untuk sama-sama berdoa dengan doa:

اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

“Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya.”

Ustaz Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia