Banteras Sentimen Gugat Keharmonian Agama, Kaum

Banteras Sentimen Gugat Keharmonian Agama, Kaum | IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius beberapa insiden baru-baru ini yang boleh menggugat keharmonian agama dan kaum, antaranya bom petrol dibaling ke KK Mart dan video maki hamun kaum lain.

Oleh itu, IKRAM menyeru semua pihak agar tidak bertindak mengikut emosi atau mengeluarkan sebarang kenyataan provokasi agama dan kaum, demi menjaga keharmonian yang telah sekian lama terbina.

Anggota masyarakat juga harus berperanan dengan melaporkan kepada pihak berkuasa apabila terdapat pihak-pihak yang menyebarkan kebencian atau mengapi-apikan isu agama dan kaum.

IKRAM menyeru semua pihak agar berganding bahu dan terus mengukuhkan perpaduan di antara anggota masyarakat di negara ini.

IKRAM juga menyeru semua pihak agar tidak membiarkan suburnya keharmonian antara rakyat ini dirobek oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab menyemai benih kebencian serta menyemarak sentimen agama dan kaum.

Sebarang insiden yang menggugat hubungan antara agama dan kaum di Malaysia mesti dibanteras dan semua pihak perlu memainkan peranan memelihara keharmonian bersama.

Pada bulan Ramadan, ibadah puasa bukan sahaja mengajar umat Islam erti kesabaran menahan lapar dan dahaga, bahkan mendidik kita agar bersabar dengan provokasi dan menahan diri daripada melakukan dosa.

Daripada Abu Hurairah r.a, bahawa Nabi SAW bersabda:

“Puasa adalah perisai (daripada perbuatan dosa). Apabila seseorang di antara kamu berpuasa, maka janganlah dia melakukan perkara keji dan janganlah dia melakukan perbuatan orang jahil. Sekiranya seseorang mengajaknya bertengkar atau menghinanya, maka hendaklah dia mengatakan: “Sesungguhnya aku berpuasa, sesungguhnya aku berpuasa.” (HR Abu Dawud, no. 2363, Sahih)

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia