Bantah Zionis: Berhimpun di Kedutaan AS Jumaat ini

Jurucakap Sekretariat Kempen Selamatkan Al-Quds, Mohamad Raimi Ab Rahim (gambar) berkata, himpunan yang diisytiharkan sebagai Hari Kemarahan ini akan berlangsung sejurus selepas solat Jumaat di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat.

“Himpunan ini diadakan berikutan tindakan biadap rejim Zionis Israel mengenakan pembahagian al-Aqsa secara paksa dari sudut masa dan ruang ibadat.

“Kempen Selamatkan Al-Quds sebagai sebuah gabungan kerjasama bersama 40 NGO di Malaysia dan kami membawa suara rakyat Malaysia dalam isu kemanusiaan ini.

“Situasi umat Islam di Jurusalem kini amat terancam, kami menjemput seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira latar belakang politik, kaum dan agama untuk turut sama menyatakan solidariti dan sokongan global terhadap kempen kemanusiaan ini,” katanya.

Menurut beliau lagi, memorandum bantahan akan diserahkan kepada kedutaan Amerika Syarikat pada hari himpunan. Jelas beliau lagi, himpunan yang telah mendapat kebenaran dan kelulusan dari pihak berkuasa ini akan menggunakan slogan “Al-Aqsa Tidak Akan Terbahagi” atau #WillNotBeDivided sepanjang himpunan ini.

Wakil Aqsa Syarif, En. Munawer Ismail memberitahu kempen ini juga dijalankan bagi mendidik masyarakat Malaysia untuk terus peka dan ambil peduli mengenai isu ini.

“Selagi Masjidil Aqsa tidak bebas, kempen ini akan terus berlangsung dan akan diteruskan dengan program-program lain selepas ini,” ujarnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia