“Kita juga telah mengagihkan bantuan awal bencana di Kelantan berjumlah RM10,000,” kata Pengerusi i-Bantu, Prof. Madya Hj. Ainullotfi Abd. Latif.
Menurutnya, pusat operasi bantuan tersebut bertempat di Pejabat IKRAM Kelantan di alamat Lot 3496, Jalan Tali Air, Binjai di Kubang Kerian yang diketuai oleh Ustaz Azizee Rohim Japri.
Tambahnya, Pengarah Disaster and Emergency Response Unit (DERU) i-Bantu, Hj Mahmud Ibrahim bersama aktivis, saudara Mujahid telah tiba di Kelantan hari ini bagi memantau dan membantu mangsa banjir Pantai Timur sehingga Ahad ini.
“Insya-Allah, i-Bantu IKRAM Negeri dan Kawasan yang lain juga dalam perancangan untuk turut membantu pada cuti hujung minggu ini.”
Menurut statistik terkini bencana banjir oleh portal Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), sehingga 4.00 petang hari ini, Kelantan menjadi negeri paling teruk terjejas dengan mangsa yang dipindahkan berjumlah 13,281 orang.
Sementara itu, Terengganu mencatatkan 49 mangsa, Perlis 83 dan yang terbaru, Perak seramai 272 orang.
Mereka yang berminat untuk menjadi sukarelawan menyantuni mangsa banjir di Kelantan, boleh mendaftar di pautan http://bit.ly/daftarsukarelawanibantu atau menghubungi Ustaz Azizee di talian 019-728 5172 untuk maklumat lanjut.