Menurut Setiausaha DERU Kemaman, Mohd Sufian Mat Ali, pasukan mereka turut membawa pakaian bersih dan keperluan ubat ubatan asas di samping cuba mendapatkan bot atau kenderaan untuk sampai ke pusat pemindahan banjir di SMI Al Amin Kemaman.
Tambahnya, dana tunai segera juga sangat diperlukan di samping sumbangan ke akaun IKRAM Daerah kerana wang di mesin ATM Bank Islam tidak dapat dikeluarkan akibat kehabisan wang dan bank tersebut dilaporkan dimasuki air sepenuhnya di tingkat bawah.
Kata Sufian, semakin ramai terjejas di bandar Chukai, Kemaman.
“Air bersih dan makanan sangat diperlukan. Bekalan elektrik sudah terputus di banyak kawasan, kebanyakan stesen minyak sudah kehabisan petrol.”
Tambahnya, air naik di bandar Chukai lebih teruk berbanding semalam di mana satu satunya jambatan yg menghubungkan bandar hampir roboh pagi ini dah ditutup.
“Dengan ini, maka terputus sepenuhnya jalan perhubungan dalam bandar,” ujarnya.
Katanya, bilangan mereka yang dipindahkan semakin bertambah dan mereka mencari apa sahaja kawasan yang tinggi untuk berteduh.
Pasukan DERU Kemaman sangat memerlukan bot-bot besar dan kereta pacuan empat roda untuk tujuan pergerakan di samping membawa makanan, ubat ubatan, lampin pakai buang kanak-kanak, pakaian bersih dan selimut kepada mangsa banjr.
Untuk sebarang bantuan segera berdekatan Kemaman, beliau boleh dihubungi di talian 019-9398220.