Banjir: NGO Agih Makanan Untuk Penduduk Terkandas

TUMPAT – Yayasan Ikram Malaysia (i-Bantu) dengan kerjasama Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) dan Badan Kebajikan Al-Nur telah mengagihkan sebanyak 400 bungkus makanan siap dimasak untuk penduduk Kampung Kajang Sebidang pada Khamis.

Misi agihan ini adalah untuk menyantuni mangsa banjir yang terkandas dan tidak dapat berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut MyCARE, kampung ini mudah di tenggelami air sedalam lima hingga 10 kaki dan mengambil masa melebihi dua minggu untuk air surut. 

“Ini bermaksud semua aktiviti terpaksa dihentikan termasuk perniagaan yang boleh menyebabkan bekalan makanan penduduk sangat terhad.”

Menurutnya, penduduk sangat berterima kasih atas sumbangan tersebut kerana mereka belum menerima apa-apa sumbangan semenjak berlakunya banjir.

“MyCARE juga sedang menggerakkan sumbangan bernilai RM40,000 untuk disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.”

Sumbangan untuk mangsa banjir melalui Tabung Persediaan Bencana dan Kecemasan MyCARE boleh disalurkan di pautan https://mycare.qrd.by/bencana

Untuk sumbangan melalui Kempen Cakna Banjir oleh Yayasan Ikram Malaysia, sila klik http://billplz.com/caknabanjir

IKRAM Health juga tidak ketinggalan melancarkan Tabung Bencana Banjir untuk sumbangan pembelian ubat-ubatan dan keperluan kesihatan mangsa banjir melalui pautan https://www.billplz.com/tabungbencanaIH

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia