Banjir berlaku di beberapa negeri

SERI KEMBANGAN – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh, Rantau Panjang di Pasir Mas, Kelantan kekal 33 orang membabitkan enam keluarga setakat jam 9 pagi Selasa.

 

“Kesemua mangsa termasuk seorang warga emas dan 12 kanak-kanak dari Kampung Tok Deh itu masih tidak dibenarkan pulang memandangkan rumah mereka digenangi air,” kata Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat Jajahan Pasir Mas, Azizan Aziz.

 

Portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran negeri memaklumkan, setakat 9 pagi Selasa, Sungai Golok di Rantau Panjang merekodkan bacaan melebihi paras waspada iaitu 7.01 meter (waspada 7 meter) dengan trend menurun. 

 

Manakala di Johor Bahru, Batu Pahat, jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di daerah ini sehingga jam 4 petang Isnin masih kekal 25 orang daripada empat keluarga berikutan fenomena air pasang besar.

 

“Kesemua mangsa ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Pusat Latihan Pemimpin Muda (Pulapem) sejak jam 9 malam Ahad,” kata Exco Kesihatan dan Alam Sekitar, R Vidyananthan.

 

Beliau berkata, air pasang besar melebihi 3 meter pada jam 9 malam Ahad itu telah melimpah ke kawasan Kampung Sungai Kluang Laut mengakibatkan beberapa buah rumah dinaiki air.

 

“Petugas dari pelbagai agensi seperti Angkatan Pertahanan Awam, polis, bomba, Rela dan Jabatan Kebajikan Masyarakat bertugas untuk memantau keadaan di kampung berkenaan.”

 

Di Kuching, Sarawak pula, hujan lebat serta fenomena air pasang besar serentak sekitar sini berlaku sejak malam Ahad menyebabkan 81 orang penduduk daripada 33 keluarga di dua kampung dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS), selepas kediaman mereka dinaiki air pada semalam.

 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam satu kenyataan berkata, sehingga jam 4 petang semalam, PPS di Dewan Sri Buntal di sini menempatkan 54 orang penduduk daripada 26 keluarga dari Kampung Buntal.

 

“Surau Ar-Rahman di Kampung Sungai Batu yang dijadikan PPS juga menempatkan 27 orang penduduk daripada tujuh keluarga di kampung berkenaan,” ujarnya.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia