Banjir di Thailand: Kenyataan Media NICE

Banjir ini juga turut melanda 30,000 buah rumah atau hampir 100,000 orangpenduduk Islam di Thailand yang kebanyakannya tinggal di tepi sungai Chao Praya, sebuah sungai terpanjang (372 km) dan terpenting di negara Thailand yang mengalir dari utara Thailand menuju ke Teluk Thailand di selatan.

Umat Islam di Thailand menghadapi masalah untuk berpindah ke pusat-pusat penempatan sementara magsa banjir yang disediakan oleh kerajaan kerana agak sukar untuk mendapatkan makanan yang halal di pusat-pusat tersebut. Umat Islam di Thailand telah mengambil inisiatif mewujud pusat penempatan sementara mangsa banjir sendiri yang dinamakan “Pusat Hijrah”.

Terdapat 7 Pusat Hijrah di kawasan selamat sekitar Bangkok. Setiap Pusat Hijrah yang menggunakan premis Sekolah, Masjid dan Stadium ini mampu menampung antara 200 hingga 300 orang magsa banjir. Kebanyakan yang tinggal di Pusat Hijrah ini ialah kaum wanita, orang tua dan kanak-kanak. Ramai kaum lelaki yang masih bertahan di sekitar rumah masing-masing untuk menjaga harta-benda mereka.

Beberapa NGO Islam di Thailand sedang berusaha mendapatkan sumbangan kewangan bagi membeli makanan yang halal untuk dibekalkan ke Pusat-pusat Hijrah ini. Anggaran perbelanjaan yang diperlukan ialah RM50 bagi setiap keluarga selama seminggu. Makanan yang disumbangkan ialah dalam bentuk beras, sardin, mi segera dan air minuman.

Nusantara Islah Centre of Excellence (NICE) sebuah institusi di bawah Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) merakamkan ucapan takziah kepada rakyat Thailand amnya dan umat Islam khususnya yang menjadi mangsa bencana banjir ini. NICE mengharapkan agar mangsa bersabar menerima dugaan yang besar ini yang mengakibatkan mereka kehilangan tempat tinggal, harta benda serta orang yang disayangi.

Bagi membantu meringankan penderitaan mangsa banjir ini khususnya umat Islam di Thailand, NICE telah mengambil inisiatif mewujudkan sebuah tabung khas iaitu “TABUNG KASIH UMMAH BENCANA BANJIR DI THAILAND” pada 1 Zulhijjah 1432H bersamaan 28 Oktober 2011. NICE meletakkan sasaran kutipan pertama sebanyak RM20K sebelum Hari Raya Aidil Adha dan sasaran kedua sebanyak RM50K sehingga akhir tahun ini.

Sumbangan dari Tabung ini akan disalurkan melalui wakil-wakil NGO dan institusi Islam di Thailand iaitu:

1. World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Thailand
2. Yala Islamic University (YIU)
3. The Welfare Foundation of Pattani
4. The Foundation for Quranic Education (FQE)

Wakil NICE juga akan berada di Thailand untuk membuat serahan pertama sebanyak RM20K pada Hari Raya Eidul Adha nanti dan bersama-sama membuat agihan kepada mangsa banjir.

NICE dan beberapa NGO Islam di Thailand menyeru kepada badan-badan korporat, NGO-NGO, serta para dermawan untuk sama-sama membantu umat Islam di Thailand dengan menyalurkan sumbangan melalui Tabung Kasih Ummah Bencana Banjir di Thailand ini. Sumbangan boleh dibuat melalui akaun BIMB 12113010040182 atas nama “PERTUBUHAN IKRAM MALAYSIA”. Sila maklumkan sumbangan melalui sms kepada 012-320 3434 atau emel kepada [email protected] Sebarang pertanyaan, boleh hubungi Sdra Wan Mohd Zukri Che Mat Zin di talian 012-320 3434 atau Sdra Aidil Akbar Yassin di talian 013-331 4389.

“Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya.” (Al-Baqarah 2:261)


Sekian, wassalam.
Wan Mohd Zukri Che Mat Zin
Pengerusi NICE

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia