Bangunkan dunia dengan sistem kontemporari patuh syariah

Dalam majlis tersebut, Presiden telah menyampaikan surat pelantikan kepada para anggota kluster yang terdiri daripada pakar dalam bidang-bidang yang dikenal pasti. 

Buat permulaan, terdapat tiga kluster dilancarkan iaitu Kluster Ekonomi dan Kewangan, Kluster Politik dan Kenegaraan, dan Kluster Sosial.

Kluster panel pakar ini diwujudkan bagi merangka dan mencadangkan sistem baru yang patuh syariah yang boleh dikemukakan kepada masyarakat.

Dr. Parid bersama-sama sebahagian anggota kluster panel pakar yang hadir

Menurut Dr. Parid semasa melancarkan kluster ini, matlamat kluster ini adalah bagi menghasilkan satu kerangka sistem yang praktikal, realistik dan kontemporari lagi patuh syariah yang boleh dilaksanakan dalam masyarakat pada masa ini.

“Dunia memerlukan pemikiran dan sistem baru untuk menjadikan ianya sejahtera,” ujarnya.

Tambahnya, sistem yang dibina ini haruslah juga boleh dirujuk dan dilaksanakan di negara-negara lain. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang bersetuju menjadi anggota Kluster Panel Pakar IKRAM.

Diharap dengan Kluster Panel Pakar yang ditubuhkan ini, akan menghasilkan pemikiran-pemikiran baru dan terkini dalam membina sistem-sistem yang akan membantu dalam membangunkan dunia yang lebih sejahtera bagi merealisasikan misi Islam rahmat sekalian alam, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia