BAKIM anjur makan malam hargai kakitangan

Bertemakan topi, majlis anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) ini diadakan bagi meraikan serta menghargai kakitangan Ibu Pejabat IKRAM dan Ahli Jawatankuasa Pusat dengan membawa keluarga masing-masing.

    

Ucapan Pengarah Program, perasmian oleh Presiden IKRAM dan ucapan Setiausaha Agung

Pendaftaran yang bermula jam 6.30 petang itu menyaksikan hadirian yang hadir menggayakan pelbagai jenis topi bermacam-macam gaya. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengarah Program, Saudara Hanafi Sudi dan ucapan perasmian Presiden IKRAM oleh Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad.

Setiausaha Agung IKRAM, Haji Nahar Md Nor yang berucap pada malam itu turut menyatakan penghargaan dan terima kasih kepada semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan majlis makan malam ini.

    

Makan malam dan peragaan fesyen kanak-kanak

Beliau turut menekankan tentang kebajikan pekerja yang harus dijaga dengan menyatakan bakal melihat semula Skim Perkhidmatan IKRAM Malaysia (SPIM) bagi memastikan kebajikan kakitangan Ibu Pejabat IKRAM terbela.

Antara acara yang dijalankan ialah pertandingan peragaan fesyen kanak-kanak, kuiz taaruf mengenali jabatan dan kakitangan Ibu Pejabat IKRAM serta beberapa anugerah turut diadakan iaitu Keluarga Terawal, Keluarga Teramai, Keluarga Ceria & Sporting , Keluarga Sehati Sejiwa, Keluarga Sedondon dan Topi Tebaik.

    

Hadiah keluarga terawal (Ust Noorsyazly), keluarga teramai (Pn Zaiton) dan keluarga sedondon (Hj Zaid, Timbalan Presiden IKRAM)

Sambil menikmati makan malam steamboat, para hadirin turut dihiburkan dengan persembahan live nasyid oleh saudara Noor Aiman Abd Aziz yang bertajuk Hakikat nyanyian kumpulan Durani dan tayangan video pengenalan kakitangan IKRAM Ibu Pejabat IKRAM oleh BAKIM.

Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah bagi setiap kategori yang dianjurkan dan seperti Hari Keluarga pada tahun lalu, sesi pertukaran hadiah sesama kakitangan turut diadakan.

Lagi foto majlis: http://on.fb.me/22WJwcu

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia