Baitul Rahmah cahaya untuk ummah

Baitul Rahmah adalah rumah yang penuh dengan kasih sayang, yang melimpah dengan cinta dan belas kasihan. 

 

Cinta yang melimpah itu bukan sahaja berlegar dan terkepung dalam batasan dinding rumah itu sahaja, sebaliknya ia menitis dan mengalir ke luar merangkumi masyarakat, ummah bahkan semua makhluk di seluruh alam.

 

Di manakah wujudnya Baitul Rahmah yang memiliki ciri-ciri seperti itu? Tidak lain dan tidak bukan, rumah Sayyidil Mursalin, kekasih kita Nabi Muhammad Sallallahualaihiwasallam (SAW). Perhatikan dua kisah yang diriwayatkan oleh isteri baginda yang tercinta, bonda kita Ummul Mukminin Sayyidatuna Aisyah radiallahuanha (RA). 

 

Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

“Seorang wanita bersama dua orang anak perempuannya datang ke rumahku meminta sesuatu. Di rumahku pula tidak ada apa-apa kecuali sebiji tamar, lalu aku berikan tamar itu kepadanya. Dia mengambilnya, lalu diberikannya kepada kedua anaknya seorang separuh. Dia sendiri tidak makan sedikit pun. Kemudian dia bangun dan terus keluar dari rumahku.”

 

“Tidak lama kemudian, Nabi SAW pulang. Aku ceritakan kepada baginda apa yang dilakukan oleh wanita itu”. Baginda bersabda, “Sesiapa yang diuji dengan kurniaan anak-anak perempuan, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka menjadi pelindung baginya daripada api neraka.” (Muttafaq ‘alaih, Riadhus Solihin, No. 268, ms. 111)

 

Daripada Aisyah RA, beliau berkata:

“Aku dikunjungi seorang wanita miskin dengan membawa dua orang anak perempuannya. Aku berikannya tiga biji tamar. Dia memberikan anak-anaknya seorang sebiji. Ketika dia mengangkat tangan ke mulutnya untuk makan sebiji lagi, kedua-dua anaknya meminta dengan ibunya. Wanita itu membelah tamar itu lalu diberikan kepada anak-anaknya seorang separuh.”

 

“Aku kagum melihat tingkah lakunya. Maka aku ceritakan kepada Rasulullah SAW apa yang dilakukannya”. Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah mewajibkan untuknya syurga dengan perbuatannya itu dan membebaskannya daripada neraka.” (Hadis Riwayat Muslim, Riadhus Solihin | No. 269, ms. 111)

 

Apakah yang kita dapat pelajari daripada dua hadis di atas? Itulah model Baitul Rahmah.

 

Pertama : Rumah Rasulullah SAW menjadi tempat tumpuan masyarakat. Mereka datang bukan sahaja bertujuan untuk mendapatkan penjelasan tentang hal-hal yang berkaitan dengan hukum-hakam, sebaliknya mereka juga datang memohon bantuan, mengadu permasalahan kehidupan.

 

Kedua : Keindahan budi dan ketinggian akhlak Sayyidatuna Aisyah RA terserlah pada cara beliau melayani tetamu yang berkunjung dan berusaha memenuhi hajat tetamunya sedaya yang mampu. Beliau tidak segan, tidak teragak-agak untuk memberikan pertolongan walaupun hanya dengan memberi sebiji tamar (dalam hadis pertama) dan tiga biji tamar (dalam hadis kedua).

 

Malah, apa yang diberikan itu bukan kerana hendak menyimpan untuk keperluan diri dan keluarganya, tetapi kerana itulah sahaja yang ada di rumahnya, tidak lebih daripada itu. Namun beliau tidak mencari alasan untuk tidak memberi pertolongan.

 

Ketiga : Komunikasi yang baik antara Nabi SAW dengan isteri baginda. Baginda mendengar dengan sepenuhnya apa yang diceritakan oleh Aisyah RA apa-apa yang berlaku ketika baginda tidak ada di rumah. 

 

Apakah bukti baginda SAW mendengar dengan baik? Buktinya jelas dan nyata.

 

Selepas Aisyah RA menceritakan apa yang berlaku, baginda SAW terus memberikan komentar serta taujihat (pesanan) yang berguna untuk ummah, yang memberikan gambaran sebenar akan agama yang dibawa oleh baginda SAW agama yang penuh rahmah.

 

Kalau baginda tidak mendengar dengan baik atau acuh tak acuh dengan apa yang Aisyah RA ceritakan, mana mungkin baginda SAW menjawab dengan begitu padat sekali.

 

Keempat : Cara ibu melayan anak-anak yang digambarkan dalam kedua-dua hadis di atas adalah fenomena biasa yang berlaku di mana-mana yang menunjukkan betapa mendalamnya kasih sayang ibu kepada anak-anak.

 

Mereka sanggup mengorbankan apa saja, menahan lapar dan bersengkang mata demi anak-anak mereka yang tercinta. Istimewanya bagi ibu yang beriman, ia telah dianugerahkan satu nilai tambah yang cukup besar ertinya atas kasih sayang fitrah, iaitu terselamat daripada api neraka.

 

Terima kasih ya Rasulullah SAW yang diutus untuk membawa rahmah. Rumahmu adalah menara yang memancarkan rahmah buat kami menikmati limpahan cahayanya.

 

Ustazah Maznah Daud

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia