Bahasa Jerman antara keunikan di SMUAAUK

“Sekolah ini bermula pada jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang. Empat jam tambahan dalam satu minggu pelajar adalah untuk mengikuti silibus usahawan. Jadi silibus ini kita bangunkan berdasarkan kesesuaian usia mereka, berdasarkan kurikulum sekolah usahawan ini,” ujarnya ketika ditemubual oleh wartawan IKRAMedia.

Beliau yang lebih mesra dipanggil Kak Wan berkata, sebelumnya, ahli lembaga sekolah telah melakukan beberapa kajian terhadap sekolah-sekolah di negara luar yang menganjurkan sekolah usahawan seperti ini.

“Kami mengharapkan agar silibus ini akan lebih mantap dan dapat melahirkan pelajar-pelajar yang berdaya saing daripada segala segi bersesuaian dengan model yang diterapkan iaitu merangkumi tiga perkara iaitu kewangan, individu usahawan dan bagaimana membuka perniagaan.”

Memandangkan sekolah ini belum menyediakan fasiliti asrama, jelasnya, pihak sekolah terpaksa menolak kemasukan pelajar dari luar Hulu Klang.

“Kami merasakan ramai pelajar sedang menunggu kemasukan ke sekolah asrama. Insya-Allah dalam hujung bulan Januari dan awal Februari ini, kemasukan pelajar baru akan berlaku memandangkan untuk masuk ke sekolah asrama telah penuh.”

Sekolah Menengah Usahawan Al-Amin Ulu Klang ini menyasarkan kemasukan pelajar seramai 40 orang untuk kemasukan perintis ini.

“Akan tetapi, sekolah ini boleh menerima sehingga 60 orang pelajar dalam satu-satu masa,” jelas Norsiah.

Menurutnya, antara cabaran sekolah ini ialah untuk merealisasikan impiannya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini.

“Apa yang menariknya, sebagai permulaan, SMUAAUK pada tahun ini memberikan diskaun sebanyak 10% kepada semua pelajar yang mendaftar.”

Bahasa utama yang digunakan adalah Bahasa Melayu dan penambahan dua bahasa iaitu Mandarin dan Bahasa Jerman yang hanya diadakan selama satu jam seminggu.

“Kalau boleh kita nak belajar semua bahasa di dunia ini. Namun kami memilih Bahasa Jerman kerana melihat negara Jerman menyediakan peluang pertukaran pelajar yang tinggi dan kos yang diperlukan adalah rendah. Jadi kami pilih Jerman,” jelasnya lagi.

Untuk permulaan ini, pihak SMUAAUK tidak meletakkan syarat kemasukan kepada pelajar.

“Tetapi pihak sekolah akan meminta calon pelajar membuat satu projek terlebih dahulu, yang mana dalam projek tersebut, kami telah memberikan pendedahan awal kepada pelajar tersebut bagaimana model sekolah Menengah Usahawan ini.”

Dalam tinjauan IKRAMedia ke SMUAAUK mendapati, pelajar tingkatan satu ini sangat gembira dan berusaha meyesuaikan diri dengan persekitaran dan kawan-kawan baru mereka.

Ketika ditanya kepada pelajar SMUAAUK ini, Nuha Ilyanee Roslan yang bercita-cita menjadi usahawan Muslim berjaya, beliau meluahkan rasa gembira selain dapat bertemu dengan rakan di sekolah rendahnya dulu dan berkenalan dengan rakan-rakan baru.

“Banyak pengalaman yang menarik bersama pelajar-pelajar. Rasa komitmen juga semakin bertambah dan yang menariknya, sekolah IKRAM (MUSLEH) kini menuju 21th Century Learning Skill, menggabung jalin antara dua iaitu tarbiah dan akademik, juga pembelajaran yang lebih moden,” ujar Muallimah Erna ketika diminta pendapatnya.

Beliau berkata, ini pengalaman pertamanya di sekolah baru dan persekitaran baru.

“Saya berharap sekolah usahawan ini akan berjaya melahirkan para pelajar sebagai usahawan Muslim yang celik ekonomi dan berdaya saing dalam masyarakat.”

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia