Bagaimana Naib Canselor dilantik?

Proses pemilihan dibuat oleh Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam yang mencari calon paling berkelayakan untuk dicadangkan kepada Menteri Pendidikan.

 

Menurut sumber yang dipercayai, cara pemilihan Naib Canselor telah berubah sejak pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH) dan selepas pelbagai maklum balas daripada akademia dan sesi ‘townhall’ pada pertengahan Julai 2018, proses dan sistem pemilihan baru diperkenalkan.

 

Jawatankuasa Tetap Pemilihan Naib Canselor Universiti Awam yang ditubuhkan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) ini membuat cadangan mereka berdasarkan set kriteria teras iaitu kecemerlangan akademik, kepemimpinan berwawasan dan intelektual.

 

Untuk mencadangkan proses pemilihan itu bukannya berdasarkan keterlibatan calon dalam pertubuhan tertentu atau rapatnya dengan menteri, keperibadian atau kumpulan tertentu tetapi atas faktor kebijaksanaan jawatankuasa pemilihan tersebut.

 

Jawatankuasa itu kini dipengerusikan oleh Tan Sri Zarinah Anwar dan dianggotai Tan Sri Abdul Wahid Omar, Tan Sri Dr Lin-See Yan, Prof Datuk Dr Mohamad Abdul Razak dan Dr Andrew Aeria.

 

Sebagai contoh, berikut ialah cara pelantikan Naib Canselor menurut Perkara 13 dalam Perlembagaan Universiti Sains Malaysia (USM).

 

“Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor.

 

 1. Maka hendaklah ada seorang Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri selama tempoh tiga tahun, atas nasihat jawatankuasa yang dilantik di bawah seksyen 4A Akta dan selepas berunding dengan Lembaga.

 

 2. Setelah habis tempoh pelantikan itu, seseorang Naib Canselor layak untuk dilantik semula.

 

 3. Menteri boleh menamatkan pelantikan Naib Canselor pada bila-bila masa dan hendaklah menyatakan sebab bagi penamatan itu.

 

 4. Naib Canselor hendaklah menjadi ketua pegawai eksekutif dan hendaklah bertanggungjawab bagi keseluruhan fungsi pentadbiran, akademik dan pengurusan dan hal ehwal hari ke hari Universiti dan hendaklah bertindak di bawah kuasa dan arahan am Lembaga dan Senat.

 

 5. Naib Canselor hendaklah, tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, menjalankan pengawasan am ke atas semua perkiraan mengenai pengajaran, penyelidikan, kewangan, pentadbiran, kebajikan dan tatatertib di Universiti, dan boleh menjalankan apa-apa kuasa lain yang diberikan kepadanya oleh Perlembagaan ini dan mana-mana statut, kaedah-kaedah atau peraturan-peraturan.

 

 6. Tempoh jawatan dan syarat lain perkhidmatan bagi Naib Canselor hendaklah ditentukan oleh Menteri, selepas berunding dengan Lembaga, dan hendaklah mengikat Universiti.

 

 7. Hendaklah ada sekurang-kurangnya seorang Timbalan Naib Canselor yang hendaklah dilantik oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, daripada kalangan orang yang layak dan patut dari dalam atau luar Universiti, atas apa-apa terma dan syarat perkhidmatan yang ditentukan oleh Menteri selepas berunding dengan Naib Canselor, dan Universiti hendaklah terikat dengan pelantikan, terma dan syarat itu.

 

 8. Jika bagi sesuatu tempoh yang lama, jawatan Naib Canselor kosong, atau Naib Canselor tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain untuk menjalankan mana-mana daripada fungsi jawatannya, Timbalan Naib Canselor atau, jika ada lebih daripada seorang Timbalan Naib Canselor, mana-mana seorang daripada mereka sebagaimana yang dinamakan oleh Menteri hendaklah menjalankan fungsi itu; dan sekiranya semua jawatan Timbalan Naib Canselor kosong atau semua Timbalan Naib Canselor, tidak berupaya oleh sebab sakit, cuti atau apa-apa sebab lain, Menteri hendaklah membuat apa-apa perkiraan sementara yang difikirkannya patut bagi penjalanan fungsi itu.”

 

Dalam pada itu, kenyataan media ‘Hentikan Tuduhan Tidak Berasas Terhadap Universiti Awam’ oleh UTM pada 18 Januari 2020 menyatakan bahawa masyarakat perlu bijak dan adil dalam menilai sesuatu isu terutamanya yang menyentuh sensitiviti masyarakat seperti isu politik, kaum dan agama yang tersebar dalam pelbagai media bagi mengelakkan berlakunya perpecahan rakyat.

 

Menurut sumber yang dipercayai, tentunya isu-isu yang belum pasti sahih, tidak benar, berunsur provokasi atau berbaur fitnah yang tersebar luas seperti isu pelantikan Naib Canselor akan mengakibatkan keresahan dan kacau-bilau yang akhirnya mengganggu-gugat kestabilan negara. Negara dan rakyat akhirnya yang akan rugi.

 

Pihak yang terbabit melaporkan isu tersebut tidak sewajarnya menjadikan universiti sebagai platform propaganda mahupun pendoktrinan negatif. Dalam pada itu, universiti sentiasa memenuhi misi dan visi pendidikan tinggi negara iaitu berkecuali daripada politik dan selari dengan kerajaan semasa yang memerintah.

 

Selain itu, semua pihak mempunyai hak yang sama untuk berkata sesuatu tetapi kebenaran adalah apabila sesuatu pernyataan yang dibuat adalah berpandukan asas yang tepat, bukti yang kukuh serta bebas daripada niat jahat terutamanya yang akan mengganggu-gugat keharmonian dan ketenteraman awam, tidak terkecuali warga universiti awam.

 

Atriza Umar

 

Rujukan:

1. https://legal.usm.my/v3/phocadownload/perlembagaanusm.pdf

2. https://news.utm.my/ms/2020/01/hentikan-tuduhan-tidak-berasas-terhadap-universiti-awam/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia