Back2School: Anak-anak Rohingya terima beg sekolah, alat tulis

Pada 29 November lalu, MyCARE menyerahkan beg sekolah dan alat tulis kepada 90 pelajar Rohingya yang bersekolah di Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA), Sri Serdang, Selangor. 

Selain itu, MyCARE melalui agensi Nusantara Care (NICE) juga telah menyerahkan sumbangan ‘School Pack’ kepada 100 orang anak Rohingya di Madrasah Hashimiah, Selayang pada 16 November yang lalu.

    

Sumbangan di ERCA, Sungai Sekamat dan Madrasah Khairiah

Sumbangan beg sekolah dan peralatan tulis turut diserahkan kepada 16 orang pelajar di Madrasah Khairiah, Kajang pada Selasa, 15 November lalu. Sumbangan ‘Food & School Pack’ juga telah diserahkan kepada lebih 10 keluarga miskin dan anak yatim Rohingya di Sungai Sekamat, Kajang pada 11 November lalu.

Pada tahun lalu, insiden penemuan bot-bot hanyut membawa ribuan pelarian Rohingya di Selat Melaka membuatkan MyCARE terpanggil untuk melancarkan ‘Tabung Kemanusiaan Rohingya’.

Dengan mengumpul lebih RM350,000 sumbangan, MyCARE bergerak menyalurkan bantuan kepada etnik Rohingya di Malaysia dan Myanmar di mana bantuan bernilai RM200,000 telah berjaya dihantar ke Myanmar melalui Misi MyCARE Myanmar 1 dan 2 (MMM1 dan MMM2).

Bantuan kepada etnik Rohingya yang berada di depot tahanan imigresen di Malaysia juga berjaya disampaikan dengan kerjasama Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Imigresen, IKRAM Health, IMARET, Bank Muamalat dan Beacon Hospital.

Sebanyak 12 buah madrasah dan komuniti Rohingya di sekitar Lembah Klang dan Kuala Lumpur turut disantuni dan majlis meraikan anak-anak yatim Rohingya turut diadakan.

    

Misi kemanusiaan dan bantuan untuk Rohingya di Myanmar

Pada bulan Ramadan yang lalu, sumbangan rakyat Malaysia melalui Nusantara Care telah disampaikan kepada penduduk Rohingya di kem Ohn Taw Gyi dan beberapa kem pelarian Rohingya di Arakan, Myanmar.

Dalam Perhimpunan Aman Selamatkan Rohingya di Masjid Tabung Haji pada Jumaat lalu, Dr Hafidzi Mohd Noor, Pengerusi MyCARE turut memberikan ucapan mengenai isu Rohingya yang sedang tenat. Beliau turut mencadangkan supaya dunia menarik semula Anugerah Nobel yang diberikan kepada Aung San Suu Kyi yang tidak menghentikan kekejaman terhadap Rohingya.

  

Pelarian-pelarian Rohingya di Malaysia turut hadir menyatakan sokongan kepada saudara-saudara mereka di sana. Suasana menjadi sedikit hiba apabila beberapa warga Rohingya tidak dapat menahan sebak mendengar saudara-saudara mereka dibunuh, dirogol dan pelbagai lagi kekejaman.

Ekoran pergolakan terbaru itu, MyCARE melancarkan ‘TABUNG KECEMASAN ROHINGYA’ untuk menyusun bantuan kemanusiaan yang seterusnya ke Myanmar dan menyeru rakyat Malaysia yang prihatin untuk menunjukkan solidariti dan menyumbang kepada tabung ini agar penderitaan penduduk Rohingya yang dizalimi dapat kita kurangkan.

Sumbangan kepada ‘TABUNG KECEMASAN ROHINGYA’ ini boleh disalurkan atas nama ‘Humanitarian Care Malaysia Berhad’ ke akaun-akaun berikut:

  • Maybank Islamic : 5642-5856-0698
  • Bank Islam : 1209-20100-34904
  • CIMB ISLAMIC : 8602-135-592

Maklumat sumbangan boleh dimaklumkan melalui e-mel [email protected] atau Whatsapp/Telegram 019-6551948.

Foto utama: Pelajar Rohingya di Madrasah Hashimiah, Selayang
Sumber: FB Nusantara Care | https://www.facebook.com/nusantaracare/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia