Back 2 School: i-Bantu IKRAM ringankan beban ibu bapa

5 DISEMBER 2013

Di Balai Penghulu Mukim Batu, i-Bantu IKRAM Gombak turut menyampaikan baucar persekolahan kepada 48 pelajar miskin yang dipilih daripada 12 kampung di Mukim Batu.


14 DISEMBER 2013

i-Bantu IKRAM Pontian telah menyerahkan sumbangan berupa pakaian dan beg sekolah kepada 45 pelajar di Pejabat IKRAM Pontian. Sumbangan disampaikan oleh YDP IKRAM Pontian, Ustaz Suhaimi Jairi.

Back 2 School IKRAM Pontian, Kangar dan Hulu Langat

21 DISEMBER 2013

Bertempat di Masjid Putra, Kangar, hampir 100 peserta telah terpilih untuk menerima sumbangan persekolahan i-Bantu IKRAM Kangar. Sumbangan disampaikan oleh YDP IKRAM Kangar, Prof Madya Mohd Aisha Nuddin Abdul Jalil.

i-Bantu IKRAM Hulu Langat pula telah menyediakan baucar sumbangan persekolahan kepada 43 pelajar, yang diserahkan oleh YDP IKRAM Hulu Langat, Hj Sufyan Mohd Nor bertempat di Pejabat IKRAM Hulu Langat. Setiap pelajar menerima baucer RM105 yang boleh ditebus di Kedai Uniform Gallery, Bandar Baru Bangi.

i-Bantu IKRAM Batu telah memilih 58 pelajar dari PPR Wahyu, PPR Intan Baiduri, Sentul Utama, anak-anak ibu tunggal ahli IKRAM Batu, muallaf dan beberapa individu terpilih untuk membelanjakan RM100 untuk membeli barang persekolahan di Pusat Pakaian Hari-hari Selayang. Turut hadir YDP IKRAM Batu, Sdr Hassan Unir.

Back 2 School IKRAM Hulu Langat (foto 1) dan IKRAM Batu

i-Bantu IKRAM Pahang telah menyampaikan bantuan Back 2 School kepada ratusan pelajar mangsa banjir di lima lokasi secara serentak iaitu Kg Pandan 2, Kg Tiram, Kg Telok Mahang, Kg Sri Melati dan Kg Kurnia, Kuantan.

Back 2 School IKRAM Pahang di Kg Pandan 2, Kg Tiram dan Kg Telok Mahang, Kuantan

Setiap pelajar menerima baucer RM150 untuk ditebus di Pasaraya Sakan, Jalan Gambang sehingga 5 Januari 2014. YDP IKRAM Pahang, Hj Samsuddin Abdullah turut menyampaikan bantuan di Kg Pandan 2. Bantuan persekolahan turut diberikan kepada pelajar di Kg Kurnia dan Seri Teruntum pada 25 Disember lalu.

Tidak ketinggalan i-Bantu IKRAM Johor Bahru Tengah (JBT) turut menyerahkan bantuan persekolahan kepada para pelajar di Dewan al-Banna, Kompleks IKRAM Johor.


24 DISEMBER 2013

Di Balai Penghulu Mukim Setapak, seramai 27 pelajar menerima sumbangan sebanyak RM100 daripada i-Bantu IKRAM Gombak untuk membeli barangan kelengkapan persekolahan. Sumbangan disampaikan oleh YDP IKRAM Gombak, Ir Hj Abd Aziz Jalal.

Pada 26 Disember di Masjid Jamek al-Amaniah, Batu Caves, seramai 51 pelajar daripada keluarga muallaf telah menerima baucar pembelian barangan persekolahan yang bernilai RM100 daripada i-Bantu IKRAM Gombak.

Back 2 School IKRAM Gombak di Setapak dan Masjid al-Amaniah, serta IKRAM Muar

Di Muar, seramai 30 pelajar Sekolah Kebangsaan Parit Latif telah menerima beg, sekotak pensel warna, sepasang stokin, alat tulis dan wang RM50 daripada i-Bantu IKRAM Muar. Turut hadir dalam majlis penyerahan adalah Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Muar, En Norhan Ahmari.

25 DISEMBER 2013

i-Bantu IKRAM Sungai Petani telah menyerahkan sumbangan peralatan sekolah dan baucar buku kepada 30 pelajar sekolah yang tinggal di PPR Paya Nahu, Sungai Petani.

Back 2 School IKRAM JBT, Sungai Petani dan Alor Setar

28 DISEMBER 2013

i-Bantu IKRAM Alor Setar menyalurkan barang persekolahan kepada 140 pelajar sekitar Alor Setar. Majlis dimulakan dengan ceramah motivasi oleh YDP IKRAM Alor Setar, Ahmad Kamal Md Issa. Sumbangan persekolahan disampaikan oleh Ahli Parlimen Kota Setar, YB Gooi Hsiao Leung.

Selain itu, i-Bantu IKRAM Kemaman turut mengedarkan beg sekolah kepada para pelajar di sekitar Kemaman bagi meringankan beban keluarga menghadapi sesi baru persekolahan.

Sebahagian besar sumbangan persekolahan ini disalurkan oleh i-Bantu IKRAM Pusat yang telah menjalankan ‘donation driveBack 2 School sepanjang November hingga pertengahan Disember 2013. IKRAM daerah-daerah lain turut mengadakan program sebegini bagi membantu persekolahan pelajar yang memerlukan.

Semoga sumbangan ini dapat memberikan semangat kepada para pelajar untuk meneruskan untuk belajar dengan bersungguh-sungguh, cemerlang serta menyumbang bakti kepada masyarakat negara pada masa hadapan, insya-Allah.

Foto utama: Reaksi gembira pelajar dalam Back 2 School IKRAM Batu di Pusat Pakaian Hari-hari Selayang

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia