Ibrah Kisah Salman al-Farisi: Harga Sebuah Kebenaran

Kisah Salman al-Farisi merupakan sebuah manifesto perjuangan anak muda dalam mencari hakikat kebenaran. Menerokai semula jejak pengorbanan para sahabat bukan sekadar menoleh ke masa lalu tetapi satu keperluan untuk mengisi kekosongan jiwa. Tanggungjawab membina semula kekuatan karakter generasi masa kini menuntut kita untuk menanam keberanian dalam mempertahankan prinsip. Ia selari dengan visi Islam Rahmah yang […]
Rukhsah Puasa Ramadan ketika Musafir Perjalanan Jauh

Ramadan bakal hadir sekali lagi sebagai tetamu agung, membawa barakah dan ketenangan yang sentiasa dirindui jiwa. Bulan ini bukan sekadar ruang menahan diri daripada makan dan minum tetapi “madrasah tarbiah” yang mendidik hati, menyucikan jiwa dan mengembalikan manusia kepada fitrah ketakwaan. Dalam banyaknya amalan yang digalakkan pada bulan mulia ini seperti membaca al-Quran, bersedekah, qiamullail […]
Akal Fikiran: Krisis, Sikap Fanatik & Tip Menjaganya

Ketika manusia hebat mencipta teknologi, membina dunia maya tanpa sempadan dan mencipta kecerdasan buatan yang mampu menandingi daya fikir sendiri, ramai yang terjebak gagal mentadbir akal dan jiwa. Akal yang sepatutnya menjadi pemimpin kepada hati kini terpenjara dalam kebingungan dan kekosongan makna. Di media sosial, ribuan fikiran berserabut mencari makna, namun tenggelam dalam lautan suara […]
Fenomena FOMO Racuni Jiwa, Keimanan Benteng Utama

Dalam dunia yang serba pantas dan sentiasa terhubung, ramai individu terperangkap dalam fenomena yang dikenali sebagai FOMO (Fear of Missing Out). Ia adalah rasa cemas dan takut apabila melihat orang lain menikmati sesuatu yang kita tidak miliki seperti kejayaan, pengalaman, perhatian atau pengaruh. Media sosial memperhebat perasaan ini dengan menjadikan hidup seolah-olah satu perlumbaan yang […]
Perjuangan Palestin: Antara Ideologi dan Keimanan

Mengapa sesetengah pemimpin atau aktivis bukan Muslim boleh tampil lantang membela Palestin? Antara mereka ada yang berani mengambil risiko dan membuat aksi solidariti secara terang-terangan seperti Gustavo Petro, Greta Thunberg, Roger Waters dan lain-lain. Mereka digerakkan bukan sekadar kerana simpati spontan tetapi oleh ideologi dan komitmen moral yang jelas sama ada antiimperialisme, sosialisme atau gerakan […]
Jenayah Qazaf: Lindungi Maruah, Tutup Pintu Fitnah

Budaya “viral dulu, siasat kemudian” semakin menular dalam masyarakat sehingga tuduhan atau berita palsu lebih mudah dipercayai berbanding fakta yang sahih. Situasi ini menyebabkan maruah seseorang boleh hancur dalam sekelip mata hanya kerana perkongsian tanpa tapisan. Di sinilah Islam tampil dengan solusi yang jelas dan berprinsip. Dalam Islam, maruah manusia bukan sesuatu yang boleh dipersendakan. […]