Sebuah pertemuan yang menyinari kehidupan
“Sebenarnya, awak ni sembahyang tak?” Mataku terbeliak mendengar pertanyaan yang terpacul daripada mulutnya. Lidahku kelu. Tidak pernah terlintas di fikiranku yang Julia akan bertanyakan soalan sedemikian. “Sembahyanglah…” aku menjawab perlahan dan mengalihkan pandanganku ke lantai. Dia seolah-olah berputus asa kerana pelbagai cara dilakukan untuk menolongku namun sia-sia sahaja. Perniagaan pakaian yang diusahakan selama sepuluh tahun […]