Ayah, Jadilah Lelaki Qawwam pada Zaman Goyah!

Saya seorang ayah. Anak-anak saya sedang membesar dalam zaman yang serba pelik dan dunia yang serba laju, serba bebas dan serba terbuka. Mereka boleh belajar apa sahaja, melihat apa sahaja dan meniru siapa sahaja. Namun, di balik semua itu, saya semakin risau. Bukan kerana teknologi itu sendiri, tetapi kerana hilangnya bimbingan dan ketegasan seorang qawwam […]
Rusuhan Jakarta: Luka Seorang Pemuda, Iktibar Sebuah Bangsa

Luka di tengah kota Jakarta bergegar pada hujung Ogos 2025. Dari jalanan Pejompongan hingga depan gedung DPR, api marah membakar kota. Ribuan rakyat turun membawa poster, teriakan dan air mata. Mereka bukan sekadar menolak tunjangan besar anggota DPR, tetapi menjeritkan rasa kecewa yang telah lama bertakung dalam dada rakyat kecil. Tragedi kematian Affan Kurniawan, anak […]
Kes Zara Qairina: Suara Hati dan Harapan Seorang Ayah

Sebagai seorang ayah yang mempunyai anak perempuan berumur 14 tahun dan tinggal di asrama, berita kematian adik Zara Qairina Mahathir, 13 tahun, di Papar, Sabah, menampar hati saya dengan rasa yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Saya membayangkan, bagaimana jika itu anak saya? Anak yang saya peluk setiap kali dia pulang bercuti, anak yang saya […]
Konflik Iran-Israel: Hijrah Membina Kesedaran Belia

Setiap kali Awal Muharam menjelma, umat Islam diajak untuk menghayati makna hijrah — bukan sekadar berpindah tempat, tetapi penghijrahan nilai, prinsip dan matlamat kehidupan. Peristiwa agung hijrah Rasulullah SAW dari Makkah ke Madinah bukan hanya sejarah yang diceritakan dan diulang tahun demi tahun, tetapi ia adalah panduan sepanjang zaman untuk menghadapi cabaran kehidupan, termasuk cabaran […]
Ada peluang di sebalik krisis

Krisis pastinya akan menimbulkan kekacauan dan kerisauan. Ia sering membuatkan kita tidak selesa kerana krisis pasti mengganggu aturan kebiasaan kehidupan kita, bahkan juga mengganggu keperluan asasi kita. Itulah yang berlaku pada waktu ini di negara kita. Krisis kesihatan yang berpunca daripada wabak Covid-19 benar-benar telah mengubah situasi kita. Jika dahulu, setiap kali diumumkan […]
Tidak perlu tunggu 100 hari

Pengumuman Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia kesembilan mengenai barisan kabinet kerajaan yang baharu ini tidak menampakkan perubahan yang terlalu ketara. Saiznya masih sama besarnya. Lebih mengecewakan apabila Menteri yang langsung tidak berprestasi tinggi sewaktu kerajan di bawah pimpinan Tan Sri Mahiaddin Md Yassin sebelum ini, masih terus dikekalkan – ada yang […]