Kes Buli Bukan Tradisi, “Wabak” yang Perlu Ditangani

Gejala buli cukup sinonim terutama dalam kalangan pelajar dari dahulu lagi dan saban hari menunjukkan implikasi yang semakin membimbangkan. Lebih ironi apabila perkara ini dinormalisasi dan ada kalanya disamarkan sebagai suatu bentuk disiplin terutama dalam kalangan pelajar yang menginap di asrama atau dikenali sebagai ragging. Pelbagai bentuk pembulian dilakukan seperti melakukan kekasaran secara fizikal, menyebarkan […]
Oversharing: Apabila Luahan Hati Bertukar Penyesalan

Perjalanan hidup tidak lari daripada ujian yang sesekali meletakkan diri dalam keadaan sukar untuk “berdiri”. Kadangkala, kita hanya membiarkan masalah itu tercerna sendiri kerana berasakan kesakitan itu akan sembuh seiring waktu berlalu. Mungkin juga banyak usaha telah dikerah sedikit demi sedikit untuk mengeluarkan diri daripada isu yang dihadapi tanpa pengetahuan orang lain. Namun begitu, ada […]
Pengajian Tinggi Semakin Sukar? Sedari Hakikat Ilmu

Fasa pengajian di peringkat yang lebih tinggi, tidak kiralah di institusi kerajaan mahupun swasta, pastinya mempunyai cabaran tersendiri. Antara cabaran yang mungkin dihadapi oleh ramai pelajar adalah seperti proses menyesuaikan diri dalam persekitaran baharu, kaedah pembelajaran yang berbeza dan perancangan kewangan. Tidak kurang juga, antara keluhan yang sering diluahkan bagi sebahagian golongan ini ialah soalan […]
Kecantikan Wanita: Percaya Diri, Tunaikan Hak Ilahi

Keindahan rupa paras sememangnya menjadi dambaan bagi setiap manusia terutama golongan wanita. Sejumlah wang yang banyak sanggup digunakan untuk kelihatan lebih menarik seperti melakukan rawatan kecantikan, membeli pelbagai jenis produk penjagaan wajah mahupun membeli pakaian yang mampu menyerlahkan lagi penampilan masing-masing. Hal ini demikian kerana kita mudah berasa tidak yakin apabila dilihat kurang menarik berbanding […]
Setiap Orang Adalah ‘Influencer’: Berikan Pengaruh Baik

Influencer sering dikaitkan sebagai individu yang meraih pengikut di media sosial dengan menghasilkan pelbagai jenis kandungan menarik seperti video hiburan, masakan, fesyen dan sebagainya. Bergelar seorang influencer pastinya menyebabkan kehidupan peribadi seseorang itu menjadi perhatian masyarakat kerana mereka pastinya ingin mengenali figura itu dengan lebih dekat seperti latar belakang keluarga, pendidikan, personaliti mahupun kediaman atau […]
Dilema Siswazah Baharu: Emosi dan Solusi untuk Diri

Bergelar seorang “fresh graduate”, banyak pengalaman yang pastinya menyedarkan diri bahawa kehidupan luar bukanlah seindah imaginasi ketika di bangku sekolah. Mungkin dahulu apa yang diamati hanyalah daripada perspektif seseorang yang belum mengenal erti kepayahan mendapatkan sesuatu. Hampir semuanya dihidangkan selazatnya oleh ibu bapa. Sebagai anak kecil, titik keringat untuk membela kehidupan belum tercerna oleh akal […]