Krisis Kewangan: Bersediakah Kita Menghadapinya?

Lebih sebulan konflik Amerika Syarikat dan Israel terhadap Iran berlarutan, ketidaktentuan ekonomi global semakin terasa hingga ke pesisiran Asia Tenggara. Untuk Malaysia, kesannya bukan sekadar bacaan berita antarabangsa, tetapi telah mula menjelma dalam pertumbuhan ekonomi suku pertama yang lembap, kos sara hidup yang meningkat serta beban fiskal kerajaan yang kian memberat. Namun, adakah rakyat Malaysia […]
Bulan Ramadan: Antara Pesta Ibadah dan Ujian Poket

Baru sahaja para ibu bapa menghela nafas lega setelah menyelesaikan urusan kelengkapan sekolah anak-anak yang menuntut belanja besar, kalendar Islam kini telah pun membawa kita melepasi pintu gerbang Ramadan. Dalam keterujaan menyambut bulan yang mulia ini, terselit satu kerisauan yang jarang dibincangkan secara terbuka tetapi dirasai di lubuk hati: “Cukupkah bajet kita kali ini?” Bulan […]
Kepentingan Takaful: Rancang Perlindungan Diri, Keluarga

Memasuki tahun 2026, landskap ekonomi negara kian mencabar dengan ketidaktentuan kos sara hidup dan risiko kesihatan yang dinamik. Di sebalik kerancakan pembangunan, satu persoalan besar timbul: Sejauh manakah masyarakat kita benar-benar bersedia menghadapi badai musibah yang tidak terduga? Kita selalu mendengar kematian suami menyebabkan nasib keluarga yang ditinggalkan dalam keadaan yang tidak menentu kerana hilang […]
Tunaikan Zakat “Gaji” Anda Jika Cukup Perkiraannya

Tinggal seminggu sahaja lagi tahun 2025 akan melabuhkan tirainya. Setiap kali tiba hujung tahun, kita akan membuat kira-kira kewangan bagi menutup “buku kira-kira” tahun semasa dan membuat perancangan untuk kewangan tahun hadapan. Selain daripada membuat simpanan rekod-rekod kewangan untuk tujuan pengemaskinian cukai, pelaksanaan zakat turut dituntut untuk disemak sama ada telah diselesaikan tanggungjawab agama tersebut […]
Perbankan Islam: Penjelasan Salah Faham Mengenainya

Polemik mengenai perbankan Islam sering kali hangat dalam diskusi awam di Malaysia. Sejumlah besar kritikan timbul daripada salah faham asas terhadap konteks dan aplikasi perbankan Islam, yang sering dilabel sebagai “kosmetik” atau “sama sahaja” dengan perbankan konvensional. Kritikan ini, jika tidak ditangani dengan cermat dan rujukan berautoriti, boleh menghakis keyakinan masyarakat terhadap sistem kewangan Islam […]
Belanjawan 2026, Manfaat Rakyat dan Maqasid Syariah

Belanjawan negara untuk tahun 2026 telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Semua mata pasti tertumpu kepada perancangan kerajaan bagi memacu ekonomi dan kesejahteraan rakyat untuk tahun hadapan. Belanjawan yang telah dibentangkan dengan tema “Belanjawan Rakyat” dilihat signifikan dengan keperluan semasa rakyat. Belanjawan tahun ini memberikan fokus kepada sembilan tekad dan fokus […]