Bersama Atasi Kes Penderaan & Pengabaian Kanak-kanak
Sehingga November 2022, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengendalikan sebanyak 5,572 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak, baik melibatkan penderaan fizikal, seksual mahupun emosi. Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri mendedahkan bahawa berdasarkan rujukan kajian yang telah dijalankan, didapati bahawa seorang pegawai sosial telah mengendalikan kes dengan nisbah 1:108 kes. […]