Kempen SBOKU 2025 Perkukuh Agenda Masyarakat Inklusif

KUALA LUMPUR – Kempen Sambutan Bulan OKU 2025 telah dilancarkan pada Sabtu, 6 Disember lalu, sebagai komitmen bersama untuk memperkukuh agenda masyarakat inklusif di Malaysia. Majlis pelancarannya dianjurkan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), Yayasan IKRAM Malaysia (yaIKRAM) dan Persatuan Kesihatan IKRAM Malaysia (IKRAM Health). Majlis […]
Lelaki Qawwam Masa Kini: Apa Solusi Membinanya?

Krisis lelaki bukan sekadar isu malas, hilang fokus atau tidak bertanggungjawab seperti yang sering dilabel masyarakat. Ia lebih dalam daripada itu. Ia krisis identiti, krisis sistem, krisis kepimpinan dan krisis acuan yang hilang. Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, dalam kupasannya di Podcast QAWWAM mengajak penonton melihat realiti ini dengan mata yang lebih tajam. Lelaki hari […]
SMI Al-Amin Bestari d’Merlimau Raih Anugerah oleh JPN Melaka

SERI KEMBANGAN – Salah sebuah sekolah IKRAM Musleh, Sekolah Menengah Islam Al-Amin Bestari d’Merlimau melakar satu lagi detik bermakna apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah Khas Pendidikan Kepimpinan Swasta oleh Jabatan Pendidikan Negeri Melaka. Anugerah tersebut disampaikan kepada Pengetua sekolah itu, Ustaz Md Zubir Osman dalam Majlis Apresiasi Pendidikan JPN Melaka 2025 yang berlangsung pada Isnin, […]
Krisis Kewangan Anak Muda: Apa Langkah Hadapinya?

Di Malaysia hari ini, anak muda sedang memasuki alam dewasa dalam keadaan yang semakin mencabar. Realitinya sederhana tetapi amat pedih: generasi ini memulakan hidup dengan hutang, pendapatan yang tidak stabil, kos hidup yang terlalu laju meningkat dan mereka juga paling banyak terdedah kepada jenayah kewangan digital. Data terkini daripada BNM Financial Capability and Inclusion Survey […]
IKRAM Terima Anugerah Sebagai NGO Rakan Strategik KPWKM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah diumumkan sebagai salah satu NGO Rakan Strategik Berprestasi Cemerlang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Khamis, 20 November lalu. Anugerah tersebut disampaikan kepada Bendahari IKRAM, Hj. Ismail Yusoff Awang oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, yang turut merasmikan […]
Konvoi Motosikal Serikan Pelancaran KIAR 2025

PUTRAJAYA – Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025 dilancarkan secara rasmi semalam dalam satu majlis yang disifatkan sebagai usaha penting memulihkan integriti dan menolak rasuah secara kolektif. Majlis dimulakan dengan pelepasan Konvoi Motosikal Jelajah Integriti diketuai MyIKRAM Bikers yang akan menjelajah ke lokasi-lokasi zon terpilih sepanjang tempoh kempen berlangsung. Pelancaran yang berlangsung di Pejabat IKRAM […]