Kes Pijak al-Quran: Tiada Kompromi, Bertindak Tegas!

keadilan

Isu memijak al-Quran bukan satu kes jenayah biasa. Ia adalah luka pada maruah umat, tamparan terhadap nilai agama dan cabaran terbuka kepada keharmonian negara. Apabila seorang penuntut di Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) didakwa bertindak memijak al-Quran, ia mencetuskan gelombang emosi yang wajar, marah, sedih, kecewa dan terguris. Namun dalam gelombang itu, kita perlu […]

Akhir Tahun 2025: Muhasabah Menyinar Kembali Manusiawi

new years

Disember bagaikan terlalu laju, seakan segera melabuhkan tirainya. Dalam diam angin hujung tahun membawa satu pesan yang tidak pernah gagal menggoncang hati, “sudahkah kita benar-benar menilai diri sepanjang perjalanan 2025?” atau kita hanya melalui hari-hari dengan terburu-buru, seakan-akan hidup ini satu perlumbaan yang tidak pernah berhenti?  Hakikatnya, masa tidak menunggu, dan kini kita hanya tinggal […]

Sistem Pendidikan Kita Perlukan Islah Menyeluruh!

Ketika Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menegaskan bahawa sistem pendidikan negara perlu melalui pembaharuan menyeluruh, titah itu bukan sekadar teguran lembut seorang raja. Ia sebenarnya gambaran jujur bahawa pendidikan kita sedang berada dalam keadaan “merah”, dan negara tidak boleh lagi berpura-pura semuanya baik-baik sahaja. Kita sedang melihat anak-anak yang semakin hilang adab, semakin mudah marah, […]

Bencana Alam: Amanah dan Rahmah yang Hilang?

Bencana Alam

Berabad-abad lamanya manusia menulis dirinya sebagai watak utama dalam drama kehidupan. Alam hanyalah pentas, makhluk lain sekadar pelakon tambahan, dan kita yang kononnya “moden” sering menganggap kemajuan sebagai lesen untuk menakluk apa sahaja yang wujud. Dalam keghairahan mengejar pembangunan, manusia moden memperlakukan alam seperti sesuatu yang boleh dipakai tanpa komitmen, sebuah hubungan satu arah yang […]

Krisis Adab: Selamatkan Generasi dengan Jalan Rahmah

krisis adab anak muda

Krisis adab yang sedang melanda masyarakat kita hari ini bukan lagi tanda amaran kecil, tetapi sebuah fenomena yang jauh lebih dalam dan membimbangkan. Ia bermula secara halus di rumah, meresap ke sekolah, kemudian meletus dalam bentuk perilaku sosial yang kasar, hilang hormat dan semakin jauh daripada nilai kemanusiaan yang sepatutnya menjadi akar pendidikan masyarakat. Kita […]

Adab dan Ilmu Mampu Membina Generasi Bermanfaat

buku dan ilmu

Dalam masyarakat hari ini, kita selalu berjumpa dua golongan manusia yang kelihatan berbeza tetapi sebenarnya saling melengkapi. Pertama, mereka yang tinggi ilmunya, tetapi tutur katanya tajam hingga melukakan. Kedua, mereka yang diterima kerana adabnya, tetapi kurang ilmu untuk memimpin. Kedua-duanya wujud di hadapan mata kita sebagaimana di sekolah, di pejabat, malah dalam keluarga sendiri. Persoalannya, […]

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia