Global Sumud Flotilla: Pelayaran Harapan ke Gaza

Di ufuk Laut Mediterranean, deretan kapal kecil dan besar kini sedang berlayar dengan tekad yang satu, memecahkan kepungan kejam yang telah menjerut bumi Gaza selama bertahun-tahun. Misi ini dikenali sebagai Global Sumud Flotilla (GSF), sebuah pelayaran kemanusiaan yang tidak membawa senjata, tidak menuntut peperangan, sebaliknya hanya berbekalkan makanan, ubat-ubatan dan doa jutaan manusia yang mengiringinya […]
Pendidikan Nilai Rahmah Menyuburkan Sifat Empati

Kita hidup pada zaman yang serba pantas. Semua bergerak dengan kelajuan yang luar biasa hinggakan maklumat sampai ke hujung jari dalam sesaat, berita tersebar sebelum sempat disemak dan trend di media sosial berubah setiap hari. Namun, di sebalik kemajuan ini, ada sesuatu yang semakin hilang iaitu kelembutan hati, kesantunan tutur kata dan kepekaan terhadap perasaan […]
Trend ‘S-Line’: Normalisasi Dosa Rosakkan Masyarakat

Dunia digital hari ini membuka ruang kepada kreativiti dan ekspresi diri, namun apabila sesuatu trend menjurus kepada kelalaian, pelanggaran akhlak dan pendedahan aib, ia bukan lagi kebebasan tetapi keruntuhan nilai. Salah satu trend yang membimbangkan kini ialah fenomena “S-Line” yang tular di aplikasi TikTok. Trend ini diinspirasikan daripada sebuah drama Korea adaptasi Webtoon, yang menampilkan […]
Pengumuman PM Inisiatif Padu Ringankan Beban Rakyat

Pengumuman khas oleh YAB Perdana Menteri baru-baru ini, antaranya bantuan SARA RM100, penurunan harga petrol dan penangguhan kenaikan tol, yang disifatkan sebagai penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia, merupakan sesuatu yang ditunggu-tunggu. Ia bukan sahaja disambut baik oleh rakyat daripada pelbagai lapisan masyarakat, malah menandakan satu anjakan baharu dalam budaya tadbir urus negara daripada janji kosong […]
Diamnya Orang Baik Punca Beraninya Orang Salah?

Fenomena keberanian yang menyesatkan dalam pelbagai isu sosial, politik, agama dan budaya hari ini menyaksikan realiti yang membimbangkan. Mereka yang bersalah, sebagai contohnya yang menyebarkan kemungkaran, menyalahgunakan kuasa, memanipulasi agama dan merosakkan nilai masyarakat, sering kali tampil paling berani. Mereka berani bercakap, bertindak, malah memimpin. Sebaliknya, mereka yang benar, orang baik, manusia yang berpegang pada […]
Panjang Umur: Anugerah, Amanah atau Ujian?

Ulang tahun kelahiran sering kali diraikan dengan penuh kegembiraan dan menerima ucapan atas meningkatnya usia seseorang itu. Namun dalam keghairahan meraikan pertambahan usia, kita wajar mengambil waktu untuk merenung serta menghalusi, apakah nilai sebenar panjang umur dalam neraca agama? Islam tidak menilai panjang umur sekadar angka, tetapi pada keberkatan dan manfaatnya. Firman Allah SWT bermaksud: […]