Kempen Integriti dan Antirasuah Hingga Hujung Tahun

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Rasuah Busters menganjurkan Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025 bermula 1 November hingga 31 Disember 2025, bersempena Hari Integriti Nasional pada 5 November dan Hari Antirasuah Antarabangsa pada 9 Disember. Bertemakan “Integriti Dibina, Rasuah Binasa”, kempen ini meneruskan inisiatif Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) yang dimulakan sejak 2021, […]
Tolak Taasub, Amal Hikmah: Lebih 400 Ikuti Forum

BANDAR SERI PUTRA – Lebih 400 peserta mengikuti Forum Masyarakat MADANI bertajuk “Menolak Ketaasuban, Mempromosi Hikmah melalui Asas Islam Rahmah (AISAR)” di Masjid Bandar Seri Putra (BSP) pada Ahad, 2 November lalu. Berhimpun dalam suasana tenang dan penuh makna, forum ini menjadi wadah memperkukuh kefahaman Islam berasaskan hikmah dan rahmah, di samping menyeru masyarakat agar […]
Pertandingan Bercerita & Pidato Serlah Bakat Remaja

SERDANG – Pentas Akhir Pertandingan Bercerita & Pidato Anak-Anak Malaysia Piala Ketua Wanita IKRAM kali ke-2 telah berlangsung dengan penuh meriah di Auditorium Rashdan Baba, Universiti Putra Malaysia (UPM) pada Sabtu, 11 Oktober lalu. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, dan turut dihadiri oleh barisan Jawatankuasa Wanita IKRAM […]
Sijil Pengajian Islam Lanjutan (SPIL): IKRAM, OUM Meterai MoA

PETALING JAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Open University Malaysia (OUM) telah menandatangani Memorandum Perjanjian (MoA) serta pertukaran dokumen rasmi bagi menjalin kerjasama strategik dalam penganjuran Program Sijil Pengajian Islam Lanjutan (SPIL). Program SPIL yang dibangunkan bersama Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan OUM dan IKRAM menjadi satu inisiatif bersama ke arah memperkukuh pendidikan Islam […]
Kukuhkan Ukhuwah, Malam Gegar Alumni Musleh Meriah

BANDAR BARU BANGI – Malam Gegar Alumni Musleh buat julung kalinya telah berlangsung dengan penuh meriah, yang menghimpunkan para alumni sekolah-sekolah rangkaian Musleh daripada generasi pertama sehingga alumni baharu yang tamat pada tahun 2024. Mengangkat tema “Satu Malam, Seribu Memori,” program ini diadakan di Dewan Adam Hawa IRIS Hall di sini pada Isnin, 15 September […]
Membela Gaza: Lebih 3,000 Banjiri Dataran Merdeka

KUALA LUMPUR – Dataran Merdeka sekali lagi menjadi saksi perpaduan rakyat Malaysia apabila ribuan peserta berkumpul dalam Himpunan Malaysia Bangkit Untuk Gaza (MR4G) pada Sabtu lalu, menyatakan solidariti menolak kezaliman Zionis dan sekutunya. Himpunan yang mengangkat tema kemanusiaan sebagai asas penyatuan semua pihak melangkaui agama, politik dan bangsa bagi menyokong usaha mendaulatkan tanah Palestin telah […]