Kerjasama Strategik Sebarkan Dakwah

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melakukan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dr Zulkifli Hasan pada Isnin. Delegasi IKRAM diketuai oleh Presiden IKRAM Hj Badlishah Sham Baharin, disertai Timbalan Presiden Jusni Yusoff dan Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari. Turut bersama Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat […]
Lebih 200 Wartawan Terkorban di Gaza

KUALA LUMPUR – Pengamal media di seluruh dunia digesa untuk bersatu menentang tindakan tidak bermoral yang menjadikan wartawan yang sedang menjalankan tugas sebagai sasaran. Ketua Biro Malaysia Al Jazeera, Samer Allawi berkata, wartawan memainkan peranan kritikal sebagai ‘saksi’ kepada pembunuhan beramai-ramai yang berlaku. “Sejak 7 Oktober lalu, lebih 200 wartawan yang sedang menjalankan tugas terbunuh […]
Aktivis Wanita IKRAM Terima Anugerah Inspirasi Ibu

MELAKA – Puan Rahamah Mohtar, ahli dan aktivis Wanita IKRAM Kuala Selangor telah dipilih sebagai penerima Anugerah Inspirasi Ibu dalam Majlis Sambutan Hari Ibu Peringkat Kebangsaan 2024 pada Ahad. Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan menyampaikan anugerah tersebut kepada Rahamah pada majlis yang berlangsung di Pusat Keluarga Pusat Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga […]
Tidak Sangka Boleh Menang Fotografi Momen Syawal

SERI KEMBANGAN – Pemenang Pertandingan Fotografi Momen Syawal anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Mohd Anuar Ruddin Zakaria, tidak menyangka fotonya menjadi pilihan utama juri. “Alhamdulillah, saya bersyukur dan tidak menyangka, gambar penyertaan saya menjadi pilihan utama juri team IKRAM daripada lebih 500 penyertaan peserta lain,” katanya. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada IKRAM kerana menganjurkan […]
Faham, Hormat dan Terima Asas Keharmonian Masyarakat

KUALA LUMPUR – Perpaduan dan keharmonian dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum dan agama bermula dengan saling mengenali antara satu sama lain, menurut Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Hj Badlishah Sham Baharin. Kata beliau, memperbanyakkan interaksi antara silang kaum dan agama adalah perlu bagi menggalakkan rakyat Malaysia saling mengenali dan memahami budaya antara kaum yang berbeza. Tambahnya, […]
Majlis Ramah Mesra Syawal IKRAM Sederhana Namun Meriah

SERI KEMBANGAN – Majlis Ramah Mesra Syawal IKRAM hari ini dirai secara sederhana namun meriah bertemakan ‘Tautkan Jiwa Bersama’ dan #HandsOffRafah. Hampir 200 orang tetamu melibatkan Timbalan Menteri, Ahli Dewan Negara, Ahli Parlimen, Exco, kementerian agensi kerajaan, institusi, NGO-NGO pelbagai kaum dan rakan media hadir memeriahkan majlis. Para tetamu diraikan Presiden IKRAM Hj Badlishah Sham […]