Perpaduan Nasional Antara Agenda Utama IKRAM

KUALA LUMPUR – Dalam usaha IKRAM mencapai matlamatnya menjadikan Malaysia sebuah Negara Rahmah, perpaduan nasional telah diletakkan sebagai salah satu agenda utama. “IKRAM melihat bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat merupakan pemangkin kepada kemakmuran ekonomi, kesejahteraan dan keharmonian negara,” kata Ketua Kluster Perpaduan Nasional IKRAM, Dr Sabariah Baharun. Jelas beliau, kesepaduan dalam rakyat sebenarnya lahir daripada […]
IKRAM NGO Pertama Jalin Kerjasama Akademik dengan OUM

KELANA JAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) buat julung kali menjalinkan kerjasama dengan Open University Malaysia (OUM) bagi menggalakkan pembelajaran sepanjang hayat kepada ahli-ahlinya. Satu memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara kedua-dua pihak pada Selasa, menjadikan IKRAM NGO pertama bekerjasama dengan OUM dari sudut akademik. MoU kerjasama itu ditandatangani oleh Presiden / Naib Canselor OUM […]
SPM 2024: IKRAM Muda Anjur Seminar Matematik Bantu 250 Calon

SERI ISKANDAR – Program Brainiac Mathematics Seminar telah diadakan bagi meningkatkan pencapaian Matematik untuk 250 orang pelajar calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada Ahad, 19 Mei lalu di Universiti Teknologi Petronas (UTP). Seminar tersebut dianjurkan IKRAM Muda Perak, IKRAMTeens dan Persatuan HARMONI UTP dengan kerjasama Admission, Records & Marketing Youth (ARMY) UTP. Para peserta seminar […]
SPM 2023: 128 Pelajar Sekolah Musleh Sertai LKD15

SERI KEMBANGAN – Latihan Kader Du’at (LKD) kali ke-15 yang berlangsung selama tiga minggu telah melabuhkan tirai dengan penyertaan tertinggi iaitu seramai 128 orang pelajar lepasan SPM sekolah-sekolah menengah rangkaian Musleh. Menariknya, program tahunan yang berlangsung pada 20 April hingga 8 Mei ini diadakan di tiga tempat berasingan iaitu Hulu Langat (Impian Rimba Resort), Medan […]
Pengerusi MAIS Lawat SMI & Maahad Tahfiz Hira’

KUALA SELANGOR – Setelah hampir 39 tahun beroperasi, tahun ini warga sekolah Hira’ terutama Maahad Tahfiz Al-Quran Hira’ mencatat sejarah apabila terpilih sebagai salah satu lokasi lawatan dan pemantauan oleh Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Mohd Yusof. Lawatan julung kali oleh Pengerusi MAIS ke Hira’ Jeram pada […]
IKRAM Kutuk Serangan di Balai Polis Ulu Tiram

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan terhadap Balai Polis Ulu Tiram, Johor Bahru yang mengorbankan dua orang anggota polis pada awal pagi Jumaat, 17 Mei lalu. IKRAM menzahirkan rasa dukacita dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga kedua-dua anggota polis tersebut serta warga Polis Diraja Malaysia (PDRM). IKRAM berharap individu-individu atau kumpulan yang bertanggungjawab dalam […]