Kebakaran Paip Gas: Rayuan Bantuan Untuk Mangsa

SERI KEMBANGAN – Kebakaran paip gas dahsyat yang berlaku di Putra Heights semalam menyebabkan kira-kira 405 orang mangsa hilang tempat tinggal setakat ini. Mangsa yang melibatkan lebih 100 buah keluarga kini berlindung di pusat penempatan sementara (PPS) Masjid Putra Heights dan PPS Dewan Serbaguna MBSB Camelia Seksyen 10 Putra Heights. Difahamkan, ramai yang hanya sempat […]
IKRAM Tolak Tohmahan Terima Dana USAID

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan tegas menolak sebarang tohmahan dan fitnah yang tersebar di media sosial bahawa kami pernah menerima dana daripada USAID. Kenyataan ini adalah tidak benar sama sekali dan bertujuan untuk mencemarkan nama baik IKRAM serta menggugat kepercayaan masyarakat terhadap pertubuhan ini. Faktanya, IKRAM tidak pernah menerima sebarang bantuan atau dana daripada USAID. […]
IKRAM Rancakkan Usaha Advokasi dengan Kluster Pendidikan dan STI

SERI KEMBANGAN – Bagi menambah baik usaha-usaha dan inisiatif advokasi yang strategik, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menganjurkan Sanggar Kerja Agenda Nasional 2025 pada Selasa, 18 Mac lalu. Sanggar kerja ini dihadiri oleh 59 peserta yang melibatkan Ahli-ahli JKP, para staf dan anggota kluster-kluster di bawah JK Agenda Nasional (AN) termasuk JK Wanita IKRAM Pusat, […]
IKRAM Kutuk Keras Serangan Terbaharu Israel ke atas Gaza

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel Zionis di Gaza semasa Ramadan, yang mengakibatkan kematian lebih 400 rakyat Palestin, termasuk wanita, kanak-kanak dan warga emas yang tidak berdosa. Enggan bersetuju dengan fasa kedua gencatan senjata, Israel turut menahan sebarang kemasukan bahan bantuan ke Gaza semenjak dua minggu yang lalu, di samping menghentikan bekalan […]
Majlis Iftar Perpaduan: Usaha IKRAM Bina Jambatan Keharmonian

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menganjurkan Majlis Iftar Perpaduan semalam yang berlangsung dengan penuh harmoni dan semangat muhibah di ibu pejabatnya di sini. Acara ini menghimpunkan pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti berbilang agama serta bangsa bagi menyemarakkan nilai perpaduan di Malaysia. Majlis yang dihadiri tidak kurang daripada 40 orang ini […]
Dr Sabariah Dilantik Pemerhati Kehormat KRPPM Keharmonian Kaum dan Agama

KUALA LUMPUR – Ahli Jawatankuasa Pusat (JKP) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Sabariah Baharun telah dilantik sebagai Pemerhati Kehormat bagi Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia Keharmonian Kaum dan Agama (KRPPM-KKA) sebagai pemerhati kehormat. Beliau juga merupakan Ahli JKP Agenda Nasional yang mengetuai Kluster Perpaduan Nasional, merangkap Ketua Perhubungan bagi jawatankuasa itu untuk membina, mengurus dan […]