IMPAK: 83 Ibu Bapa Dirai Sebagai Graduan

IMPAK: 60 Ibu Bapa Dirai Sebagai Graduan | IKRAM

KUALA LUMPUR – Kira-kira 83 orang dalam kalangan ibu bapa di kawasan Batu, Titiwangsa dan Setiawangsa di sini telah berjaya menamatkan program Ibu Bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak (IMPAK). Mereka diraikan dalam Majlis Graduasi IMPAK 2025 di Dewan Besar Tabung Haji semalam dan dianugerahkan sijil selepas menamatkan lapan modul pembelajaran IMPAK. Dalam kesibukan bekerja, para […]

Tangani Kemiskinan Secara Holistik: IKRAM Kunjungi ICU JPM

Tangani Kemiskinan Secara Holistik: IKRAM Kunjungi ICU JPM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengadakan kunjungan hormat ke Bahagian Kesejahteraan Rakyat (BSR), Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri semalam. Di samping meneroka ruang kerjasama, IKRAM telah melakukan pembentangan bertajuk “Menangani Kemiskinan: Pendekatan Holistik dan Manusiawi” dengan penekanan untuk memahami kemiskinan sebagai isu pelbagai dimensi merangkumi ekonomi, sosial, pendidikan, kesihatan dan perlindungan sosial. […]

HIKAM Tolak Tuduhan Malaysia Sebagai Pusat Operasi Hamas

HIKAM Tolak Tuduhan Malaysia Sebagai Pusat Operasi Hamas

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) dengan penuh tanggungjawab menolak sekeras-kerasnya tuduhan yang dilemparkan oleh Jonathan Schanzer bahawa Malaysia kononnya menjadi pusat operasi Hamas. Tuduhan ini tidak berasas, berniat jahat dan jelas merupakan sebahagian daripada naratif propaganda Zionis yang ingin melemahkan solidariti rakyat Malaysia bersama Palestin. HIKAM menyatakan sokongan penuh kepada pendirian YAB Perdana Menteri, Dato’ […]

AISAR: IKIM Setuju Bekerjasama Jayakan Konvensyen

KUALA LUMPUR – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah melakukan kunjungan hormat ke Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) semalam bagi menjalin kerjasama strategik, khususnya dalam penganjuran Konvensyen Masyarakat Madani. Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM, Dr. Mohd Faridz Ismail, pada asasnya IKIM sangat bersetuju dan akan memberikan kerjasama dalam Konvensyen Masyarakat MADANI yang dianjurkan IKRAM. Konvensyen […]

HIKAM Kutuk Keras Serangan Udara Israel ke atas Doha

HIKAM Kutuk Keras Serangan Udara Israel ke atas Doha | IKRAM

1. HIKAM mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel yang dilakukan pada petang 9 September 2025, menyasarkan zon awam dan diplomatik di ibu kota Doha. Perbuatan menyalahi undang-undang ini merupakan pencabulan terang-terangan ke atas kedaulatan Qatar, pelanggaran undang-undang antarabangsa dan perkembangan bahaya yang mengancam kestabilan serantau dan global. 2. Serangan itu, yang dilapor menyasarkan anggota biro politik […]

PMX Pun ke Karnival KAMI di Ipoh: Jom!

SERI KEMBANGAN – Dengan tujuan murni untuk memperkukuh keharmonian, Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) 2025 sempena Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) bakal berlangsung pada Sabtu, 13 September ini di Mydin Mall, Meru Raya, Ipoh. KAMI 2025 akan disempurnakan perasmiannya oleh YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri merangkap Ahli Parlimen Tambun, dengan misi untuk mengeratkan hubungan […]

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia