AS bangunkan senjata biologi di Ukraine?

Wakil tetap Rusia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Vasily Nebenzia mengesahkan bahawa negaranya akan mendedahkan beberapa fakta buruk berkaitan negara Barat selepas tamat operasi ketenteraan.

 

“Negara-negara Barat amat sedar bahawa permusuhan yang berterusan dan kelemahan tentera Ukraine akan membawa kepada kelemahan kedudukan kuasa di Kyiv, tetapi mereka tetap mahu mengekalkan kedudukan,” kata Nebenzia.

 

“Negara-negara Barat memahami dengan baik bahawa sejumlah besar fakta hodoh yang masih rahsia akan diketahui selepas matlamat operasi ketenteraan khas tercapai,” tambahnya sambil menyatakan bahawa ini bukan sahaja berkaitan dengan aktiviti biologi ketenteraan, tetapi juga banyak fakta lain.

 

Mengenai percubaan untuk menafikan amalan aktiviti ketenteraan AS di Ukraine, Nebenzia menjelaskan bahawa perkembangan ketenteraan adalah rahsia terdahulu dan menegaskan, mereka yang melaksanakannya tidak melaporkan kepada sesiapa, termasuk PBB atau mana-mana pihak lain.”

 

“Jika anda boleh menyangkal apa yang telah kami sampaikan kepada anda, lakukanlah, tetapi jangan menuduh kami mengamalkan propaganda tanpa bukti, kerana kami telah memberi anda fakta yang konkrit.”

 

Nebenzia menegaskan bahawa negara-negara Barat dan Ukraine tidak sepatutnya melemparkan tuduhan kosong propaganda di Moscow.

 

“Jika negara-negara ini tidak bersetuju dengan fakta perkembangan Ukraine yang dikemukakan oleh pihak Rusia, mereka harus memberikan penyangkalan terhadap maklumat ini.”

 

Sehubungan itu, perwakilan Rusia telah menyatakan bahawa Ukraine dan Amerika Syarikat telah melanggar Konvensyen Senjata Biologi dan semua bukti baharu aktiviti berbahaya wujud di Ukraine.

 

Kenyataan Nebenzia dibuat selepas PBB mendakwa ia tidak mempunyai keupayaan teknikal yang diperlukan untuk mengesahkan kewujudan program biologi, selepas pihak Rusia meminta sesi tergempar Majlis Keselamatan mengenai makmal AS di Ukraine diadakan.

 

Bahaya yang memerlukan pendedahan cepat

 

Pentagon membelanjakan berpuluh juta dolar untuk menubuhkan makmal biologi di luar wilayahnya. Jika makmal ini dibiayai oleh jabatan tentera, ini mengesahkan bahawa misi mereka akan sepenuhnya kepada ketenteraan.

 

Sebagaimana kenyataan Rusia, Operasi ketenteraan Rusia di Ukraine tidak terhad kepada kemaraan tentera Rusia untuk melindungi penduduk Donetsk dan Luhansk daripada kerajaan Kyiv atau menghalang NATO daripada meluas ke timur melalui Ukraine.

 

Tetapi operasi itu juga bertujuan menangkis ancaman yang tidak akan hanya menjejaskan Rusia, bahkan negara-negara Eropah, iaitu ancaman senjata biologi yang mana Amerika Syarikat sedang membangunkan dalam makmal rahsia di wilayah Ukraine.

 

Terdahulu, Moscow memberi amaran kepada dunia tentang bahaya makmal ini pada tahun-tahun yang lalu, dan mengulangi amarannya semasa operasi ketenteraan melalui kenyataan pegawainya yang terakhir.

 

“Makmal biologi yang digunakan di Ukraine menimbulkan bahaya, bukan sahaja untuk Rusia tetapi untuk seluruh benua Eropah,” kata Pengarah Dewan Kedua negara-negara CIS, Alexei Bolchuk.

 

Dalam ucapannya, Bolshuk menyentuh salah satu objektif operasi ketenteraan Rusia, menekankan bahawa ia bertujuan menghentikan ancaman peperangan ini.

 

Konvensyen Senjata Biologi

 

Operasi ketenteraan Rusia di Ukraine memberi penerangan tentang tingkah laku Amerika yang mengancam keselamatan manusia terutamanya di Eropah. Makmal biologi di Ukraine menerima aktiviti di bawah pengawasan Amerika, tanpa memberikan laporan rasmi tentang sifat aktiviti ini.

 

Apa yang Rusia minta pada masa ini ialah pembukaan penyiasatan antarabangsa yang menjamin keselamatan rakyatnya dan tanah daripada pencerobohan biologi.

 

Permintaan ini merupakan hak yang sah untuk Amerika menjawab soalan mengenai sokongannya terhadap pembangunan makmal-makmal ini serta membelanjakan sejumlah besar untuknya adalah bercanggah.

 

Menurut pegawai Rusia, tindakan Amerika melanggar syarat Konvensyen Senjata Biologi yang mula berkuat kuasa pada 26 Mac 1975.

 

Pada Rabu, Kementerian Luar Rusia mengumumkan bahawa ia mungkin menggunakan Artikel V dan VI perjanjian ini untuk mengadakan perundingan dengan latar belakang makmal AS di Ukraine.

 

Artikel-artikel Konvensyen Senjata Biologi

 

Artikel 1: Dalam keadaan apa pun, senjata biologi tidak boleh dimiliki.

 

Artikel 2: Senjata biologi dan sumber yang berkaitan mesti dimusnahkan atau dialihkan kepada kegunaan aman.

 

Artikel 3: Jangan memindahkan atau dalam apa-apa cara membantu, menggalakkan atau mendorong mana-mana pihak lain untuk memperoleh senjata biologi.

 

Artikel 4: Mengambil sebarang langkah pada skala nasional untuk melaksanakan perjanjian itu secara tempatan.

 

Artikel 5: Perundingan dua hala atau kolektif untuk menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan dengan pelaksanaan perjanjian.

 

Artikel 6: Meminta Majlis Keselamatan PBB untuk menyiasat sebarang pelanggaran perjanjian dan untuk mematuhi resolusinya yang berikutnya.

 

Artikel 7: Lakukan semua perkara di atas dengan cara yang menggalakkan penggunaan mikrobiologi dan bioteknologi secara aman.

 

Dalam pada itu, di bawah perjanjian ini, negara-negara terlibat berjanji untuk mengemukakan laporan tahunan mengenai aktiviti khusus yang berkaitan dengan Konvensyen Senjata Biologi, termasuk data mengenai pusat penyelidikan dan makmal, maklumat mengenai kemudahan pengeluaran vaksin, maklumat mengenai program penyelidikan dan pembangunan pertahanan bio nasional.

 

Negara-negara yang terlibat juga perlu mengumumkan aktiviti terdahulu dalam program penyelidikan serta pembangunan biologi, ofensif atau defensif, maklumat tentang penyebaran penyakit berjangkit dan kejadian serupa yang disebabkan oleh toksin, maklumat tentang perundangan, peraturan dan langkah-langkah lain.

 

Kenyataan AS yang bercanggah

 

Pada 10 Mac lalu, Kementerian Pertahanan Persekutuan Rusia menerbitkan dokumen yang diterima daripada pekerja makmal biologi di Ukraine, yang mendedahkan data mengenai pembangunan senjata biologi oleh Amerika Syarikat dan sekutu NATOnya di Ukraine.

 

Maklumat telah mendedahkan mengenai projek penghantaran virus selesema burung yang sangat patogenik melalui burung yang berhijrah sebagai tambahan kepada projek lain, seperti patogen iaitu bakteria dan virus yang boleh dihantar dari kelawar kepada manusia.

 

Setiausaha Akhbar White House, Jen Psaki dalam ciapannya di Twitter mengelak daripada menjawab soalan mengenai makmal biologi Amerika di Ukraine, tetapi beliau menuduh Rusia bersedia menggunakan senjata ini tanpa memberikan sebarang bukti tentang ketepatan kata-katanya.

 

“Pentadbiran Biden telah membiayai keseluruhan rangkaian makmal biologi di Ukraine dan menyatakan bahawa kandungannya sangat berbahaya sehingga kami sangat prihatin bahawa bahan ini akan jatuh ke tangan tentera Rusia,” kata Timbalan Setiausaha Negara AS Victoria Nuland semasa perbicaraan di Senat AS.

 

Wartawan AS, Tucker Carlson memberitahu Fox News bahawa kenyataan AS itu ‘tidak boleh dipercayai’, sambil menyatakan bahawa Noland dan Psaki hampir serentak membuat kenyataan bercanggah sama ada terdapat makmal biologi rahsia yang dibiayai AS di Ukraine atau tidak.

 

Satu lagi kenyataan daripada pentadbiran AS datang daripada Pengarah Perisikan Kebangsaan Avril Haynes semalam yang mengakui bahawa Ukraine mengendalikan lebih daripada 10 makmal biologi yang berkaitan dengan projek pertahanan dan kesihatan.

 

Rusia dan China menuntut penjelasan

 

Pada 11 Mac lalu pula, Majlis Keselamatan PBB mengadakan mesyuarat khas atas permintaan Rusia untuk membincangkan aktiviti biologi ketenteraan AS di Ukraine, selepas Kementerian Pertahanan Rusia menerima dokumen bahawa pihak AS telah menubuhkan rangkaian makmal biologi di Ukraine dan menemui bukti menjalankan eksperimen biologi berbahaya di situ dengan tujuan untuk menguatkan patogen pelbagai penyakit maut, menurut laman web EADaily, Rusia.

 

China juga telah menyertai retorik Rusia menuntut fakta. Menurut wakil China ke PBB, Zhang Jun, kebimbangan Moscow mengenai senjata biologi di Ukraine harus ditangani dengan sewajarnya dan beliau menggesa Washington untuk menjelaskan aktiviti ketenteraan biologinya di dalam dan luar negara.

 

Bagaimanapun dalam maklum balasnya, Amerika Syarikat tidak memberikan penjelasan yang mencukupi mengenai perkara itu dan menyatakan bahawa ia mempunyai kebimbangan bahawa tentera Rusia mungkin cuba mengawal sasaran ini.

 

Pihak AS mendakwa bahawa tujuan institusi ini adalah untuk menyediakan jaminan kesihatan haiwan, membiayai pembaikan dan menubuhkan makmal moden yang meningkatkan keupayaan kerajaan untuk menjalankan pemantauan awam terhadap potensi ancaman kesihatan manusia.

 

Kerahsiaan makmal membuka pintu persoalan

 

Bekas Ketua Staf Perang Kimia, Dr Muhammad al-Shahawi berkata semasa wawancara di TV Al-Mayadeen mengenai kebimbangan Rusia bahawa pelampau Ukraine mungkin mengawal senjata ini dan menggunakannya untuk menentang tentera Rusia.

 

Beliau menegaskan bahawa bahaya senjata ini terletak pada kemungkinan mengembangkannya mengikut arah genetik, kerana ia boleh menjangkiti kaum tertentu.

 

Beliau juga menegaskan bahawa sangat jelas terdapat aktiviti berbahaya yang dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Ukraine di makmal-makmal ini, hingga menimbulkan persoalan penting: Pembangunan senjata biologi laluan aman boleh berlaku di kilang-kilang terkenal, jadi mengapa pihak AS dan Ukraine berusaha membangunkannya di makmal rahsia?

 

Makmal ini diketahui mempunyai dua tujuan: ia dibiayai oleh orang Amerika, dan aktiviti mereka dijalankan di lokasi rahsia. Amerika Syarikat membelanjakan sejumlah besar wang untuk menyelenggara makmal tersebut.

 

Sebagai contoh, di Ukraine, AS membelanjakan 200 juta dolar (bilangan makmal biologi di Ukraine adalah lebih daripada 30). 

 

Di Georgia, ia membelanjakan lebih daripada 150 juta dolar, manakala di Kazakhstan, lebih daripada 130 juta dollar dan di Armenia, terdapat 12 makmal biologi.

 

Selepas meneliti pengalaman jiran Georgia, seseorang dapat melihat bahawa wang yang dibelanjakan untuk membina makmal sedemikian adalah beberapa kali lebih tinggi daripada utiliti awam AS.

 

Fakta ini tidak boleh tidak menimbulkan syak wasangka. Sekiranya dibuktikan bahawa makmal dibiayai oleh jabatan tentera, misi tersebut akan sepenuhnya untuk ketenteraan.

 

Ini disahkan oleh Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan kepada jurucakapnya, Mejar Jeneral Igor Konashenkov selepas mendedahkan dokumen yang membuktikan penglibatan Pentagon dalam membiayai makmal ini.

 

“Semasa operasi khas ketenteraan, dokumen dan bukti ditemui semasa memeriksa dengan teliti jejak program biologi ketenteraan yang dilaksanakan di Ukraine dengan pembiayaan daripada Jabatan Pertahanan AS,” kata Konashenkov.

 

Beliau turut menekankan bahawa Pentagon sangat mengambil perhatian dengan pendedahan eksperimen biologi rahsianya di Ukraine sejak permulaan operasi Rusia di negara itu.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia