Aqsa Syarif WP anjur ‘Konvoi Pembebasan Palestin’

konvoi wp

Konvoi ini kemudiannya bergerak ke empat buah masjid lagi di sekitar Kuala Lumpur. Masjid-masjid tersebut adalah Masjid Muadz bin Jabal di Setiawangsa dan Masjid Ikhlasiah, Pantai Dalam, masing-masing pada waktu Zuhur dan Asar. Antara aktiviti yang dilakukan adalah edaran flyers kepada masyarakat di sekitar masjid. Selepas itu, para peserta bergerak menuju ke Masjid Al-Mukhlisin, Taman Alam Damai untuk menunaikan solat Maghrib sebelum bergerak ke Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin di Putrajaya untuk majlis penutup.

Konvoi yang memakan masa selama sehari ini diakhiri dengan ucapan penutup oleh Pengerusi Aqsa Syarif, Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus. Dalam ucapan penutupnya, Ustaz Hasanuddin berkongsi dengan para peserta dan jemaah masjid mengenai keistimewaan Masjid al-Aqsa dan tanah suci Palestin. Beliau juga menyatakan harapan agar masyarakat dapat bersama-sama dalam usaha pembebasan Palestin.

“Aqsa Syarif mengalu-alukan jika ada yang mahu mengaturkan ceramah kesedaran Palestin di kawasan dan tempat kerja saudara,” katanya.

konvoi wp

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati yang disampaikan oleh Ustaz Hasanuddin kepada Imam Besar Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin.

Konvoi berkereta ini merupakan sebahagian daripada Kempen “Justice And Freedom For Palestine 2.0” yang dijalankan oleh Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan. Antara program lain yang akan dijalankan dalam kempen ini ialah Minggu Palestin di IPT, Pameran Palestin di Pesta Buku Antarabangsa 2011 dan Program Malam Amal Palestin.

Ditubuhkan dan didaftarkan di Malaysia sebagai suatu organisasi yang berprofil sukarela di atas dasar kemanusiaan, Aqsa Syarif memberi maksud “Masjid Yang Dimuliakan”. Aqsa Syarif mempunyai empat misi iaitu penyebaran maklumat, bantuan kemanusiaan, bantuan kewangan dan kerjasama. Dianggotai oleh sembilan orang ahli lembaga dari pelbagai latar belakang pendidikan dan kerjaya, Aqsa Syarif berganding bahu menyumbang tanaga dan fikiran untuk kebaikan Palestin dan dunia secara amnya.

Maklumat mengenai Aqsa Syarif boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang Aqsa Syarif Pusat, http://aqsasyarif.com/ atau mengunjungi laman sosial facebook, http://www.facebook.com/aqsa.syarif. Bagi orang ramai yang berhajat menjemput Aqsa Syarif ke kawasan mereka di sekitar Wilayah Persekutuan pula, mereka boleh menghubungi pengerusi Aqsa Syarif Wilayah Persekutuan, Zaharudin Othman (012-616 7819).

konvoi wp

konvoi wp

konvoi wp

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia