Aqsa Syarif Perak jayakan pameran di Konvo UTP

Pengunjung yang telah hadir terdiri daripada warga UTP, penduduk setempat, penerima ijazah dan keluarga yang hadir dari seluruh pelosok dunia.Konvo UTP 2012

Gerai pameran Aqsa Syarif pada kali ini telah diuruskan oleh Aqsa Syarif Perak dengan kerjasama IKRAM Perak Tengah dan IKRAM Siswa Seri Iskandar. Pengerusi Aqsa Syarif Perak, Sdr Mazli Wan Othman yang juga merupakan peserta misi A2G8 telah bersama-sama menjayakan pameran ini dan berkongsi pengalamannya kepada pengunjung yang hadir.

Pada pameran kali ini, tiga fokus utama telah disampaikan kepada orang ramai iaitu Kempen Boikot Barangan Israel, projek-projek terkini Aqsa Syarif di Palestin dan juga hebahan projek Qurban Kasih Ummah IKRAM. Buku-buku tulisan Dr Hafidzi dan Dr Mazlee Malik tentang Palestin mendapat sambutan yang amat menggalakkan. Pengunjung juga tidak melepaskan peluang membeli barangan-barangan yang menunjukkan sokongan kepada perjuangan Palestin seperti mafla, key-chain, buku nota dan macam-macam lagi. Para peserta pertunjukan payung terjun juga tidak ketinggalan melahirkan rasa cinta mereka kepada rakyat Palestin sejurus setelah mereka selamat mendarat di tapak pesta konvo tersebut.

Sebanyak RM1,333.40 telah berjaya dikumpulkan sepanjang Pesta Konvo UTP 2012. Terima kasih kepada semua yang telah menyumbang.

Konvo UTP 2012 Konvo UTP 2012 flashmob

Aqsa Syarif telah beberapa kali mengadakan program di UTP. Antaranya kunjungan Imam Muda Gaza, Imam Mukmin Hawaz yang telah mengimamkan solat Tarawih di Masjid Annur UTP serta menyampaikan tazkirah kepada jemaah masjid. Pada bulan Ramadan lepas juga Aqsa Syarif telah mengendalikan Flash Mob sempena Green Day Exhibition Ramadhan Discovery anjuran Rakan Masjid UTP.

Pihak Aqsa Syarif Perak sangat mengalu-alukan jemputan untuk mengadakan siri ceramah, pameran atau apa-apa aktiviti di UTP, sekitar Seri Iskandar dan seluruh negeri Perak pada masa akan datang.


Laporan oleh:
Muhammad Nasim A Ralim
Pengerusi IKRAM Siswa Seri Iskandar

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia