Apakah manfaat i-Lestari KWSP kepada semua?

Apa akan terjadi kepada makcik, pakcik, kakak dan abang di luar sana yang berniaga pagi untuk menyuap makan pada petangnya? Bagi mereka yang bependapatan mengikut hari, menyara keluarga mungkin menjadi sesuatu yang perlu diambil kira.

 

Jika tidak dapat bekerja, maka tiada langsung sumber pendapatan mereka, bukan diminta untuk disuap setiap masa. Tetapi, pelbagai langkah yang terus kepada masyarakat yang bekerja sendiri dan tiada sumber pendapatan lain perlu dipergiat dan diperkemas dengan sebaik mungkin.

 

Terbayang mereka yang menjual nasi lemak pada pagi hari, kakak tepi jalan yang meniaga pisang goreng panas, abang jual ‘coconut shake’ di pasar malam, ‘uncle’ yang pusing satu kampung bawa putu mayam, bagaimana mereka ingin meneruskan kehidupan jika ada keluarga atau sauadara yang perlu ditanggung?

 

Mungkin bagi mereka yang berpendapatan tinggi serta stabil, hanya duduk diam di rumah mungkin menjadi terapi buat mereka, namun perkara itu tidak bagi mereka yang bekerja sendiri. Setiap hari, kegusaran untuk keluar mencari sesuap nasi mungkin menjadi keutamaan mereka daripada membiarkan anak bini kelaparan.

 

Rajah di bawah adalah kiraan yang saya dapati daripada penulisan saudara Adam Firouz (Khazanah Research) mengenai purata penyimpanan bagi penyumbang KWSP mengikut peratus simpanan.

 

 

Usaha kerajaan untuk membenarkan pengeluaran  maksimum bagi mereka yang berumur 50 tahun ke bawah adalah sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan ini dilhat bersifat jangka masa pendek.

 

Kiraan yang dibuat mendapati simpanan yang perlu ada adalah sekurang-kurangnya RM6,000 dalam Akaun 2. Ini bermakna, sekitar RM20,000 diperlukan dalam simpanan KWSP barulah kita dapat menggunakan 30 peratus sebagai jumlah simpanan yang akan dimasukkan dalam Akaun 2.

 

Jika dilihat pada rajah di atas, mereka yang paling terkesan adalah dalam kalangan kumpulan yang berpendapatan rendah kerana menfaat yang diperoleh tidak mampu bertahan lama.

 

Malah mereka yang mempunyai simpanan sebanyak 10 peratus tidak mempunyai simpanan yang cukup daripada jumlah maksimum pengeluaran RM500 dalan Akaun 2 yang dibenarkan kerajaan.

 

Itu belum menyentuh soal berapa lama duit simpanan ini bertahan sehingga penghujung tahun jika ianya berlarutan. Ini termasuklah mereka yang mempunyai 40 peratus simpanan, juga tidak mampu bertahan sehingga 12 bulan.

 

Apa yang lebih merisaukan lagi adalah wang simpanan ini sepatutnya hanya dibenarkan keluar pada hari tua. Bagaimana ianya mampu bertahan untuk jangka masa panjang? Jika pekerja memilih untuk mengeluarkan dan menggunakan simpanan KWSP ini pada masa sekarang, simpanan hari tua mereka akan terus berkurang.

 

Rajah di atas sendiri menunjukkan tidak ramai yang mampu bertahan dengan jumlah simpanan Akaun 2 mereka pada krisis ini, apa lagi jika jangka masa panjang.

 

Mereka yang bekerja sendiri akan lebih terkesan dengan perkara ini. Pengeluaran i-Lestari hanya memberi peluang kepada penyimpan yang mendaftar dan menyumbang kepada KWSP.

 

Realitinya, ramai yang bekerja dalam sektor pekerjaan ‘gig’, bekerja sendiri dan jenis pekerjaan yang bukan formal. Kebanyakan mereka ini tidak dilindungi di bawah KWSP.

 

Pengumuman Perdana Menteri untuk menyalurkan Bantuan Prihatin Nasional merupakan salah satu langkah yang wajar bagi meringankan beban golongan seperti ini yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Walau bagaimanapun, untuk jangka panjang, perlindungan yang lebih menyeluruh perlu dilakukan segera khusus kepada mereka yang mempunyai simpanan yang rendah dan tiada simpanan KWSP lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerja sendiri.

 

Nadhirah Khairudin

Rujukan: Why i-Lestari will miss the most vulnerable during COVID-19, Khazanah Research, Adam Firouz

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia