Apa yang bidang psikologi dan ahli psikologi tawarkan kepada kemanusiaan?

 1. Apa itu psikologi dan apakah yang dilakukan oleh ahli-ahli psikologi?

 

Psikologi saintifik melahirkan ilmu mengenai tabiat dan perkembangan pemikiran, emosi dan tingkah laku manusia di peringkat individu dan peringkat masyarakat.

 

Psikologi ialah satu disiplin saintifik yang berautonomi yang diaplikasikan dalam hampir setiap aspek pengalaman manusia yang tidak terbatas. Ahli psikologi bekerja di pelbagai latar iaitu lokasi-lokasi di mana kefungsian manusia adalah relevan.

 

Psikologi saintifik memberikan kefahaman yang mendalam tentang tingkah laku manusia dalam konteks sosial, budaya dan bahasa. Ahli psikologi memainkan peranan menyokong kesihatan dan kesejahteraan global dalam kerangka hak-hak manusia dengan matlamat untuk memperbaiki kehidupan.

 

2. Mengapa kerajaan memerlukan psikologi dan ahli psikologi?

 

Kerajaan boleh memperolehi manfaat manusiawi dan kewangan apabila ahli psikologi diiktikraf dalam memberi sumbangan bebas yang kritikal terhadap usaha mengurangkan penderitaan dan meningkatkan kualiti kehidupan.

 

Faktor-faktor sosial yang mempengaruhi kesihatan, pendidikan, makanan dan zat yang cukup, taraf kehidupan yang sesuai, peluang pekerjaan dan layanan yang adil telah diakui sebagai hak asasi manusia yang dibangunkan oleh United Nations Sustainable Development.

 

Kegagalan untuk menangani cabaran kesihatan mental seperti kemurungan dan keresahan yang biasanya merupakan akibat daripada kurangnya perhatian diberikan kepada faktor-faktor sosial telah menyebabkan kos ekonomi global sebanyak USD1 trilion setahun dari segi kerugian prodkutiviti.

 

Walau bagaimanapun, pencegahan dan intervensi kepada keadaan kesihatan psikologi terbukti kosnya bermanfaat. Apabila psikologi saintifik diaplikasikan dalam konteks di mana manusia tinggal, bekerja dan berlibur, potensi dan produktivi meningkat.

 

Walaupun telah wujud perkhidmatan yang menjimatkan wang dan efektif secara klinikal terhadap penduduk yang berisiko atau penduduk yang menunjukkan simptom kecelaruan mental, majoriti golongan muda dan dewasa di kebanyakan negara di dunia tidak mendapat rawatan psikologi kerana sumber yang terhad, stigma dan kekurangan penyedia penjagaan kesihatan.

 

3. Apa yang unik tentang psikologi dan ahli psikologi?

 

Ahli psikologi memahami kajian berkaitan biologi, sosial dan persekitaran, dan terlatih untuk mengaplikasi bukti kukuh untuk  memperbaiki kehidupan manusia merentas budaya dan bahasa. Untuk menjadi ahli psikologi, seseorang mestilah menunjukkan ilmu dan standard profesional, saintifik dan etika yang tinggi.

 

Latihan lanjutan ahli-ahli psikologi menekankan autonomi teknikal dan saintifik serta peranan yang bebas dalam pasukan pelbagai disiplin untuk mempromosi kesejahteraan manusia dalam setiap aspek kehidupan manusia (contohnya kekeluargaan, sekolah, universiti, kesihatan, tempat kerja, perkhidmatan awam dan komuniti – sekadar menyebut beberapa nama).

 

Ahli-ahli psikologi bekerja dengan cara mengaplikasikan kaedah saintifik dan skil diagnosis, penilaian dan penaakulan sebagai pelengkap dalam memberikan pendekatan komprehensif dan integratif kepada kesihatan manusia.

 

Mengupah ahli psikologi untuk peranan membuat keputusan secara bebas selari dengan latihan lanjutan yang dilalui oleh mereka. Apabila dunia menghadapi krisis tanpa amaran, sumbangan ahli-ahli psikologi dalam menghilangkan impak fizikal, emosional dan mental yang dihadapi oleh individu, kumpulan dan komuniti adalah kritikal.

 

Terjemahan: Dr Alizi Alias, Ahli Psikologi Organisasi dan Pengerusi Psikospiritual IKRAM
FB: https://fb.com/dralizialias
Sumber: https://bit.ly/humanity-needs-psychology

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia