Antivirus terkini akan diberikan kepada pesakit Covid-19

SERI KEMBANGAN – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam proses memantapkan Kaedah Penjagaan Klinikal pesakit Covid-19 bagi tujuan memulakan ubat antivirus terkini yang akan diberikan kepada pesakit wabak itu yang berisiko tinggi.

 

“Ia akan diberikan kepada pesakit Covid-19 pada peringkat awal iaitu semasa mereka bergejala ringan bagi mencegah jangkitan menjadi lebih teruk,” ujar Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada sidang media mengenai perkembangan Covid-19 pada Isnin.

 

Beliau berkata, rawatan antivirus ini akan meliputi pesakit di klinik kesihatan, Pusat Penilaian Covid-19 (CAC), Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) dan hospital bagi pesakit yang dimasukkan ke wad.

 

“Rawatan akan dimulakan setelah bekalan ubat antivirus tersebut tersedia dan kini KKM dalam proses memuktamadkan pembelian ubat antivirus tersebut.”

 

Bercakap mengenai pemberian dos penggalak, Khairy berkata, sehingga kini terdapat lebih kurang 32 peratus atau sejuta warga emas masih belum mengambil dos penggalak.

 

“Risiko jangkitan Covid-19 yang teruk juga adalah lebih tinggi dalam kalangan warga emas. Daripada 32,034 kematian sehingga 6 Februari, sebanyak 18,362 atau 57.32 peratus melibatkan warga emas,” jelasnya.

 

Jelasnya lagi, peningkatan kes Covid-19 buat masa ini masih tidak menjejaskan sistem kesihatan negara, meskipun negara kini berdepan ancaman varian Omicron yang lebih mudah merebak.

 

“Ini sebahagian besarnya disumbang oleh pencapaian liputan vaksinasi lengkap bagi populasi yang tinggi serta langkah proaktif KKM, kita berjaya ‘memperlahankan’ ketibaan varian Omicron. Kawalan sempadan seperti penangguhan umrah (sebelum ini) merupakan langkah memperlahankan gelombang Omicron,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, seramai 12,473,139 individu dewasa atau 53.3 peratus daripada kumpulan itu di negara ini telah menerima dos penggalak Covid-19 setakat semalam.

 

Berdasarkan data COVIDNOW, sejumlah 22,930,943 individu atau 98 peratus daripada kumpulan sama telah melengkapkan dua dos vaksinasi, dan sebanyak 23,206,202 individu atau 99.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Manakala bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun pula, sejumlah 2,792,265 atau 88.7 peratus daripada kumpulan itu telah melengkapkan vaksinasi, serta 2,869,845 individu atau 91.2 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

 

Bagi vaksinasi harian, sebanyak 119,543 dos diberikan semalam meliputi 9,321 dos pertama, 2,188 dos kedua dan 108,034 dos penggalak.

 

Ini menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) berjumlah 64,108,866 dos.

 

Sebagaimana dilaporkan portal Github, KKM merekodkan sembilan kematian akibat Covid-19 semalam dengan empat di Perak dan satu masing-masing di Kedah, Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Selangor. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia