Angka kematian terus meningkat

Seterusnya, diikuti Brazil dengan 223,945 kes, manakala Mexico (158,074), India (154,274) dan United Kingdom (106,367) pula masing-masing merekodkan lebih 100,000 kes kematian.

 

Negara yang merekodkan angka korban melebihi 50,000 kes termasuk Itali, Perancis, Rusia, Iran, Sepanyol, Jerman dan Colombia, manakala negara yang merekodkan antara 30,000 hingga 50,000 kes kematian ialah Argentina, Afrika Selatan, Peru dan Poland.

 

Selain itu, Indonesia, Turki, Ukraine dan Belgium pula mencatatkan lebih 20,000 angka kematian dan kebanyakan negara lain merekodkan angka korban di bawah 20,000 kes.

 

Di Malaysia pula, mencatatkan jumlah kes sembuh Covid-19 harian tertinggi semalam apabila mencatatkan 4,522 kes. Jumlah kes sembuh tertinggi sebelum ini (24 Januari 2021) ialah sebanyak 4,427.

 

Kes baharu harian pula kekal melebihi 5,000 kes untuk tiga hari berturut-turut, namun menurun sedikit berbanding Sabtu lalu dengan 5,298 kes.

 

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah 166,049 dan kumulatif kes kini 214,959, sementara bilangan kes aktif sebanyak 48,150.

 

“Berdasarkan jumlah kes baharu hari ini, 5,295 kes merupakan penularan tempatan manakala tiga lagi kes import membabitkan dua warganegara dan seorang warga asing.”

 

Dr Noor Hisham berkata, kepatuhan semua rakyat terhadap prosedur operasi standard (SOP) adalah kunci utama dalam membendung penularan Covid-19 di negara ini.

 

“Apa yang penting bukanlah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau PKP Bersyarat tetapi kepatuhan kepada SOP. Dan sekiranya tiada urusan penting, duduk di rumah,” katanya kepada pemberita selepas melawat Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa semalam.

 

Dalam pada itu, beliau turut mengakui terdapat kelonggaran syarat dalam pelaksanaan PKP kali ini berbanding pada Mac tahun lalu dan berharap rakyat dapat memainkan peranan dalam usaha mengurangkan jangkitan Covid-19.

 

“Kita faham ada kelonggaran sebab kita kena lihat kepada kesihatan dan juga ekonomi. Jadi kedua-dua faktor ini perlu keseimbangan. Itu yang penting supaya kita boleh kawal kes dan juga menjalankan ekonomi,” jelasnya.

 

Ketika ditanya kemungkinan PKP disambung selepas 4 Februari ini beliau berkata, Kementerian Kesihatan hanya memberikan nasihat dan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk tindakan sewajarnya.

 

Berikutan itu menurutnya, KKM akan mendapatkan kata putus dan berbincang semula bagi melihat kepada tindakan yang sesuai bersama MKN.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia